Tuesday, January 13, 2009

MEMBETULKAN BUKAN MENYESATKAN, MENDEKATI BUKAN MEMUSUHI...

Alhamdulillah, syukran lillah....

Tujuan saya bukak topik ini adalah bertujuan untuk memberikan sedikit pandangan mengenai senario gerakan tajdid dan islah.... alhamdulillah, sejak terlibat sebagai AJK Konvensyen Sunnah 2008, ana sibuk dengan merancang pergerakan Tajdid dan Islah di Melaka. Terima kasih Allah... Semoga sentiasa berikan aku kekuatan untuk agamaMu...

Kita menyaksikan pada hari ini bahawa gerakan tajdid di Malaysia menghadapi tentangan yang cukup hebat. Mungkin situasi ini lebih serius di negeri kelahiran saya iaitu kelantan, walaupun terdapat ramai tokoh2 sunnah di kelantan...( saya beranggapan lebih ramai dari negeri2 lain), tapi yang pasti kumpulan yang menentang sunnah adalah lebih ramai..... ini kerana terdapat banyak pondok2 yang sudah menjadi institusi pendidikan yang "diiktiraf" oleh masyarakat kelantan... Mana mungkin mereka boleh menerima sesuatu yang baru bagi mereka dengan begitu mudah.....

apa2pun saya tidak berminat untuk menceritakan tentang senario sunnah di Kelantan... malah saya lebih berminat untuk memberikan pandangan mengenai da'wah dalam sunnah....

Biler saya mula join sunnah pada tahun 2003, saya merasakan sunnah adalah satu fahaman yang harus dipegang oleh semua umat islam dan tidak harus ada perpecahan dalam jamaah sunnah.sebab kita berpegang pada aqidah yang sama..... Namun, setelah bertahun dalam sunnah, barulah saya mengetahui bahawa dalam fahaman sunnah atau salaf juga ada perbezaan yang sangat ketara apabila "segelintir" ulama' aliran salaf yang menyesatkan dan mengkafirkan orang yang tidak sefahaman dengan mereka...... dan mulai pada hari itulah aku mulai membenci golongan salaf yang seperti "ini"...... Perlukah kita menyesatkan orang yang tidak sefahaman dengan kita??? Perlukah kita mengkafirkan mereka??? Ya. Mungkin kita boleh berlapang dada kerana mereka mungkin silap, tapi patutkan kita menyesatkan dan mengkafirkan mereka disebabkan kesalahan yang tidak disengajakan??? Kalo mereka tau bahawa apa yang mereka buat adalah salah, mana mungkin mereka akan melakukan kesalahan atau kesilapan tersebut.....

"KESALAHAN ATAU KESILAPAN ITU BUKAN UNTUK DI DSESATKAN TETAPI UNTUK DIBETULKAN"

Wahai salafiyyun, ingatlah mereka adalah " pesakit" yang harus diubati, bukan untuk dimusuhi.... Kalo kita memusuhi mereka, mana mungkin "penyakit" mereka akan sembuh....bahkan ia akan menjadi semakin parah....Justeru, dekatilah mereka walau dengan cara apa sekalipun.......

berhentilah menyesatkan dan mengkafirkan orang....... akan tetapi "duduk" lah bersama mereka..."ubati" lah "penyakit" mereka.......

" KITA PATUT MENDEKATI BUKAN MEMUSUHI MEREKA"

"Dalam kaedah berdakwah, kita tidak sepatutnya memusuhi *mereka malah kita akan mendekati sesiapa sahaja yang pada anggapan kita “sakit”. Ini kerana apa yang kita musuhi bukan batang tubuh mereka akan tetapi “penyakit” (amalan dan pegangan) mereka. Oleh itu, mereka harus didekati bukan dimusuhi. Sekiranya kita memusuhi mereka, nescaya penyakit mereka tidak dapat disembuhkan bahkan akan bertambah parah." - RAJA NOR AZRIN RAJA YUNUS...

* yang dimaksudkan adalah orang yang tidak sealiran dengan fahaman salaf. Seperti Khalaf...

2 comments:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

Assalamualaikum wbt.

Salam ziarah.

ajim said...

askm..

salam ziarah..