Monday, December 22, 2008

SRIKANDI MUJAHIDAH DI TERATAK SAYYID QUTB

Hasrizal Abdul Jamil

www.saifulislam.com

Sayyid Qutb adalah seorang tokoh yang amat mesra bagi mereka yang terjun ke medan dakwah. Penulisan-penulisannya menjadi panduan dan sumber inspirasi kepada para petugas Islam. Karangan beliau seperti Tafsir Fi Dhilal al-Quran dan Petunjuk Sepanjang Jalan, menjadi teman akrab pendakwah untuk menyalakan suluhan tarbiah Islam. Perjuangannya di dalam Ikhwan al-Muslimin bersama rakan-rakan seperti Hasan Hudhaibi, adalah lanjutan kepada momentum yang telah dicetuskan oleh pengasasnya al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.

Namun, tidak ramai yang berpeluang mengenali kehidupan Asy-Syahid Sayyid Qutb secara mendalam. Tidak banyak maklumat yang diketengahkan kepada pembaca tentang latar belakang keluarganya yang sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada pembentukan peribadi dan kualiti diri Asy-Syahid malah kemudiannya turut terkesan dengan ketokohan Asy-Syahid itu sendiri.

Di dalam kesempatan ini, kita akan mengambil peluang untuk mengenali tokoh srikandi yang menjadi sendi penting di dalam ketokohan Asy-Syahid Sayyid Qutb itu sendiri. Semoga ia menjadi dorongan kepada wanita muslimah hari ini untuk menggembeleng peranan dan potensi mereka ke arah produksi lebih ramai insan luar biasa seperti Asy-Syahid Sayyid Qutb di tengah-tengah gelombang cabaran akhir zaman ini.

Bonda Sayyid Qutb berasal dari sebuah keluarga yang mulia. Beliau berkahwin dengan Qutb Ibrahim, ayahanda kepada Sayyid Qutb sebagai isteri kedua, tinggal bersama-sama Qutb Ibrahim seketika di Kaherah sebelum pulang ke kampung bersama keluarganya.

Bonda Sayyid Qutb mempunyai empat adik-beradik lelaki, dua daripadanya menuntut di al-Azhar asy-Syarif. Salah seorangnya dikenali sebagai Ahmad Husain Othman yang lebih dikenali sebagai Ahmad al-Moushi, nisbah kepada perkampungan Moushah. Ketika Sayyid Qutb menuntut di Kaherah, beliau tinggal bersama bapa saudaranya ini, Ahmad al-Moushi.

Sayyid Qutb dibesarkan oleh bondanya yang memiliki kesempurnaan sifat sebagai seorang wanita yang solehah dan berjiwa kental. Beliau seorang yang pemurah dan banyak bersedekah. Beliau gemar memasakkan makanan untuk pekerja-pekerjanya di ladang serta tetamu-tetamu yang datang mengaji di rumah beliau. Bonda Sayyid Qutb tidak pernah mengganggap semua ini sebagai bebanan kerana beliau menjadikan amalan ini sebagai usahanya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amalan seperti ini sememangnya menjadi tradisi isteri kepada pejuang-pejuang Islam khususnya di rumah-rumah dan pondok pengajian. Bukan sahaja kesetiaan menuntut ilmu dan bekerja yang terhasil malah kesemua yang bernaung di bumbung itu terikat dengan perasaan kasih sayang yang terpercik dari sifat pemurah dan penyayang wanita solehah yang menjadi srikandinya.

Bonda Sayyid Qutb juga amat gemar mendengar bacaan al-Quran malah beliau amat mudah terkesan dengan ayat-ayat yang dibacakan itu. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Qutb di dalam bukunya at-Tasweer al-Fanni fi al-Qur’aan: “Setiap kali engkau asyik mendengar tilawah al-Quran dari belakang tabir oleh para Qurra’ yang datang mengaji ke rumah kita di sepanjang bulan Ramadhan, seandainya aku tercuai dan ingin bermain-main seperti kanak-kanak yang lain, engkau akan mengisyaratkan kepadaku dengan tegas sehingga aku terdiam dan turut menyertaimu mendengar bacaan itu. Dari situlah jiwaku mula meneguk irama al-Quran walaupun dengan usiaku yang masih kecil, belum mampu memahami makna bacaan itu…

Ketika aku membesar di dalam penjagaanmu, aku telah dihantar ke Madrasah Awwaliyyah di kampung. Harapan terbesarmu kepadaku adalah supaya Allah membukakan jalan kemudahan bagiku oleh Allah untuk aku menghafaz al-Quran dan direzekikan kepadaku suara yang lunak untuk membacanya. Sesungguhnya semenjak itu aku sentiasa membacakan al-Quran bagimu di setiap masa dan setiap ketika…

Kini engkau telah pergi meninggalkanku, wahai bonda tersayang. Gambaran terakhir dirimu yang sentiasa segar di ingatanku adalah samar-samar dirimu yang sering duduk di hadapan radio, mendengar keindahan bacaan-bacaan al-Quran. Amat jelas pada lekuk-lekuk wajahmu yang mulia, tanda-tanda mendalamnya ertimu terhadap makna yang tersurat lagi tersirat kalimah al-Quran itu, dengan hatimu yang agung dan perasaan halusmu yang merenung.” [ms 5, at-Taswir al-Fanni fi al-Quran, Dar ash-Shurooq, tanpa tarikh].

Sayyid adalah anak sulung lelaki beliau di samping anak-anaknya yang lain iaitu Aminah, Hamidah dan Muhammad. Wanita berjiwa besar ini telah membesarkan anaknya, Sayyid, dengan penuh ketelitian. Pada “Sayyid”lah beliau letakkan segala harapan, lantas anaknya ini dibesarkan dengan iman, kemuliaan dan latihan pendedahan memikul tanggungjawab. Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya.

Sesungguhnya bonda Sayyid Qutb telah menggabungkan dua unsur penting yang membina keperibadian mujahid dan mujaddid ini. Beliau limpahkan sepenuh rasa kasih sayang dan kemanjaan seorang ibu kepada anak, tetapi kasih sayang itu disiram dengan keakraban al-Quran. Kasih sayang itu bukanlah kemanjaan yang membinasakan proses pembinaan syakhsiah jati diri anaknya kerana di dalam kemanjaan itu, bonda Sayyid Qutb membina keyakinan diri yang tinggi di dalam diri anaknya supaya membesar sebagai seorang yang berjiwa tinggi.

Bonda Sayyid Qutb kembali ke rahmatullah pada tahun 1940. Kematiannya memberikan impak yang amat besar kepada Sayyid Qutb. Ia dibayangkan menerusi ungkapan beliau di dalam tulisannya al-Atyaaf al-Arba’ah ms. 168 [oleh Sayyid Qutb dan adik beradiknya, terbitan Beirut 1967M tanpa nama penerbit]:

“Bonda…

Siapakah selepas ini yang akan menceritakan kisah zaman kanak-kanakku, seakan-akan ia suatu peristiwa yang baru semalam berlaku? Siapakah lagi yang akan membayangkan kepadaku zaman muda untuk dibawa kembali bayangannya kepada kehidupan dan diundang semula kepada alam wujud ini buat kali yang seterusnya?

Engkau telah memberikan gambaran terhadapku bahawa diriku adalah insan yang istimewa semenjak aku masih di dalam dodoian buaian kehidupan. Kau sering hikayatkan kepada diriku tentang impianmu yang lahir dengan kelahiranku, yang merangkak-rangkak terserap ke dalam jati diriku bahawa aku seorang yang mulia. Ia telah tergalas di atas diriku sebagai suatu tanggungjawab yang besar dan semua ini adalah dari tatih impianmu terhadapku dan ‘wahyu’ bisikan hatimu. Siapakah nanti yang akan membisikkan kepadaku khayalan-khayalan yang membara itu? Siapakah lagi yang akan meniupkan dorongan ke dalam hatiku..?.”

Amat benarlah bagai yang dikata pepatah: “tangan yang mengayun buaian itu bisa menggoncang dunia”. Sentuhan tarbiah tangan seorang ibu telah melahirkan seorang mujahid seperti Sayyid Qutb, yang limpahan hikmahnya terus mengalir deras ke jiwa pejuang Islam, di sepanjang zaman…

- Diolah semula dari kitab Sayyid Qutb: Min al-Meelaad ilaa al-Istisyhaad karangan Solah Abdul Fattah al-Khalidi [Darul Qalam, Damascus, 1994M]

Wednesday, December 17, 2008

WAJIB MEMBUNUH BINATANG BERBISA KETIKA SOLAT

Ibnu hajar Al Asqalani menyatakan wajib membunuh binatang yang berbisa ketika solat berdasarkan hadith sahih riwayat 4 imam hadith yang bermaksud:-

" Dari Abi hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda, bunuhlah dua yang hitam ketika kamu sedang solat, iaitu ular dan kala jengking" (Hadith Riwayat 4 imam hadith dan disahihkan oleh ibnu hibban).

Berdasarkan kaedah usul Fiqh, asal sesuatu perintah itu wajib. Maka hukum membunuh binatang yang berbisa itu ketika solat adalah wajib apatah lagi ketika diluar solat( sekiranya membahayakan nyawa manusia).

Perkataan ular dan kala jengking itu dikiaskan kepada binatang yang berbisa, maka wajib membunuh binatang yang berbisa selain ular dan kala jengking asalkan ia berbisa dan boleh membahayakan nyawa manusia.

Adapun pun pendapat yang mengatakan sunat adalah bagi keadaan yang tidak membahayakan ketika solat, yakni binatang berbisa itu diyakini tidak mengganggu atau membahayakan nyawa seseorang yang sedang solat.

Adapun untuk membunuh binatang berbisa itu, seseorang itu dibolehkan bergerak kekiri, kekanan, kedepan dan kebelakang serta mengambil apa2 sahaja objek yang keras (kayu, besi dan sbgnya) yang boleh digunakan untuk membunuh binatang berbisa itu.

Dan setelah membunuh binatang yang berbisa tersebut, seseorang itu boleh meneruskan solat tanpa mengulang semula solatnya.. Dan solatnya sah.

Tentang pergerakan dalam solat, iaitu bergerak kekiri, kekanan, kedepan dan kebelakang adalah berdasarkan hadith sahih dari aisyah r.a yang pernah meminta nabi membuka pintu sedang nabi sedang bersolat didalam rumah ( *aisyah tidak tahu nabi sedang bersolat), nabi pun melangkah kehadapan beberapa langkah dan membuka pintu dan setelah itu, mengundur beberapa langkah, dan Aisyah melihat nabi meneruskan solatnya(tanpa mengulangi solatnya). (Kedudukan pintu adalah arah kiblat.)


Untuk mendapatkan penjelasan yang lanjut, Sila rujuk :-

Kitab Bulughul Maram, Ibnu Hajar Al Asqalani.


NABI PERNAH SOLAT SAMBIL MENDUKUNG ANAK KECIL

Ramai yang bersikap menghentam dan mengkritik sesuatu yang dianggap baru mereka, sedang ia tidak pernah membelek dan meneliti bahawa adakah sesuatu perkara itu benar atau pun salah(batil), Bahkan yang lebih menyedihkan, mereka dengan cepat menghukum orang yang tidak sependapat dengan mereka seterusnya mereka menyesatkan orang yang mengajar atau menyampaikan atau membawa perkara tersebut dalam masyarakat. Tidak cukup dengan menyesatkan orang, mereka memulaukan orang-orang yang bercanggah pada pandangan mereka.

Ini lah nasib malang yang menimpa umat manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang islam padahal tingkah laku mereka tidak menggambarkan sedemikian.

Imam As son'ani dalam mensyarahkan kitab bulughul maram, karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani telah menyatakan bahawa boleh atau mubah seseorang yang solat sambil mendukung anaknya yang kecil. Ini berdasarkan hadith sohih riwayat imam bukhari dan muslim yang bermaksud.

" Dari Abi Qatadah berkata, Adalah nabi S.A.W ketika baginda solat mendukung umamah binti zainab, maka apabila baginda sujud baginda meletakkannya, dan apabila berdiri, baginda mendukungnya."
(HR muttafakun 'alaih.. )


Imam muslim menambah,

"dan baginda (ketika melakukan perkara tersebut) menjadi imam di masjid"

- Hadith di atas merupakan hadith fi'li kerana dihadapan nya ada perkataan "kaana".
- Umamah binti Zainab adalah cucu Nabi.
- Perkataan "kaana" adalah membawa maksud perkara tersebut pernah berlaku, dan ia tidak berulang-ulang. Dan perkara ini hanya berlaku sekali sahaja dalam hayat Nabi.


Imam As Son'ani dalam syarahnya menolak pendapat imam atau ulama' yang menasakhkan hadith ini, bahkan beliau juga menolak pendapat yang mengatakan bahawa perkara ini hanya boleh dilakukan ketika darurat. Apa yang jelas disini ialah perkara ini dilakukan nabi dan ia boleh dijadikan dalil bagi membolehkan Solat sambil mendukung anak kecil.

As Son'ani juga memetik kata2 Imam As syaukani dalam kitab Fathul 'Alam, ketika orang bertanya imam As syaukani tentang perlakuan orang yang mengambil serban yang jatuh ketika solat dan memakainya. As Syaukani menjawab dengan soalan, Apakah salah kamu mengambil serban yang kecil ini jika nak dibandingkan perbuatan nabi mengangkat serta mendukung umamah ketika solat.( As Syaukani merujuk kepada hadith diatas).

Jelaslah disini perbuatan mendukung anak kecil ketika solat adalah dibolehkan.


Untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut, anda boleh merujuk kitab Bulughul Maram, karangan Ibnu hajar Al Asqalani dan Buku Pelik tapi benar karangan Us. Abdul Rahman Mohamed.


Al Faqiru ilallah,

Raja Nor Azrin Raja Yunus.



Sunday, December 14, 2008

SIKAP FANATIK MENUTUP PINTU KEBENARAN!!

Salam ukhuwah fillah,

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk menulis setelah sekian lama membisu lantaran keterbatasan untuk mengakses internet ketika berada di kampung... setinggi2 kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi kekuatan kepada diri ini yang lemah dan jahil ini untuk terus memperjuangkan agamaNya.....

Pada kali ini aku ingin menyentuh sedikit sikap fanatik yang wujud di kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah dan dalam masa yang sama menyesatkan orang yang tidak sefahaman dengan mereka.. Hal ini berlaku di kampung ku.... Apa yang menyedihkan ku ialah sikap fanatik mereka telah meletakkan diri mereka mengatasi Kemuliaan DAN kemaksuman nabi Muhammad S.A.W... Apakah patut mereka menolak hadis sohih semata2 untuk mengikuti pendapat tok guru mereka???

Alhamdulillah, kesempatan balik kampung aku manfaatkan untuk memberikan sedikit pengisian ilmu untuk orang kampungku....., kebetulan rumah ku berhampiran dengan surau dan aku sering menjadi imam disana..... niat ku adalah satu, hanya untuk memperbetulkan masalah umat dan sikap fanatik dalam beragama sehingga melupakan nas yang sohih lagi benar dan terkadang menolak hadis sohih.... masalah ini bukan masalah kecil, ia masalah besar yang harus di tangani secara bijaksana tapi ia agak rumit memandangkan dikampung ku ada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi pusat tarbiyyah dan rujukan ilmu agama......

Aku berkongsi sedikit pernyataan para imam mazhab mengenai pendapat mereka yang menolak bertaqlid secara membabi buta, bahkan memberikan keterbukaan kepada pengikut mereka untuk menilai kembali samada ia bertepatan dengan sunnah atau bercanggahan, dan seterusnya menyuruh kita menolak pendapat mereka yang bercanggah dengan dalil yang lebih sohih dan berpegang pada dalil yang sohih....

Asasnya cukup mudah, iaitu AL Quran dan As Sunnah adalah kayu ukur kepada kebenaran, siapapun yang mengeluarkan pendapat atau ijtihad sedang ia bercanggah dengan Al Quran dan As sunnah, maka pendapat itu tertolak.... itu lah antara kesimpulan yang boleh dibuat dari pernyataan para imam 4 mazhab......

Seperti kelaziman, biler kiter bercakap soal percanggahan, maka sudah tentu ada contohnya.... kebetulan buku rujukan yang aku gunakan untuk berkongsi dengan orang kampungku adalah buku sifat2 solat nabi muhammad, karangan muhammad Nasiruddin Al Bani, seorang yang pakar dalam bidang hadith..... dan kebetulan, dalam buku tersebut disebutkan satu hadith tentang larang solat mengadap kubur sebagai mana hadith yang di riwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah yang bermaksud.... (Ms98)

" Jangan lah kamu solat mengadap kubur dan duduk diatasnya"

Perkara ini diulas oleh Al bani dalam kitab Ahkamul Janaiz...

Dalam riwayat sohih yang lain nabi pernah solat jenazah di atas kubur, hal ini memberikan makna bahawa solat yang dilarang adalah solat selain solat jenazah.....termasuk solat sunat atau solat fardhu.....

Hal ini juga diulas oleh Al Imam Asyafie dalam kitab Al Umm(edisi ringkasan, bab tempat yang boleh dan tidak boleh solat)...... As syafie meggunakan dalil sohih hadith riwayat abu dawud yang maksudnya :-

" semua tempat itu adalah masjid ( yakni dibolehkan solat) melainkan kuburan dan kamar mandi"

untuk ulasan yang lebih panjang, boleh rujuk kitab al Umm, edisi ringkasan, Ms 143.... perkara ini dihuraikan secara detail oleh Imam Assyafie...


Tetapi malangnya, amalan ini sudah menjadi kebiasaan dikalangan tok guru pondok dan pengikut2nya sedang Nabi jelas melarang perbuatan tersebut.......

justeru, biler aku utarakan perkara ini, ia telah menimbulkan kemarahan puak2 pondok......kerana amalan ini sudah menjadi amalan guru2 mereka..... pada fikiran mereka, mana mungkin tok guru mereka salah atau silap.... inilah sikap fanatik yang menyebabkan mereka menolak hadith sohih demi mempertahankan kebatilan dari guru2 mereka.....

oleh kerana marah dengan teguran ku itu, maka mereka memanggil tok guru pondok untuk mempertahankan amalan yang batil itu..... BUkan sahaja mereka mempertahankan amalan yang batil, bahkan menyesatkan orang yang menolak amalan mereka.... kerana pada fikiran mereka ia amalan yang baik, yang di amalkan oleh guru2 mereka yang terdahulu yang alim lagi wara'.....

hal ini menyebabkan orang kampung memandangkan aku negatif dan sesat... sehingga ada segelintir yang mufaroqoh biler aku menjadi imam..... Namun, aku tidak putus asa..... selagi aku hidup, aku akan tetap teruskan perjuangan yang kurasa berat ini.... malah ini bukan lah ujian pertama aku bagi aku...... sudah beberapa kali aku di uji dengan perkara sebegini.... Demi menjaga kemaslahatan, aku berdiam diri dan mengubah strategi, aku gunakan dakwah secara fardi.... kerana ini bagiku lebih sesuai berbanding pendekatan terbuka yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dikalangan orang kg....

seandainya amalan ini bagus dan baik, sudah tentu Nabi, para sahabat dan para salafussoleh sudah tunjukkan kepada kita.... Namun tiada sebarang dalil yang sohih untuk membenarkan amalan solat di atas kubur....malah ia dilarang oleh Nabi dan para salafussoleh termasuk imam Assyafie sendiri......

Untuk makluman, amalan solat diatas kubur sudah menjadi kebiasaan kepada mereka( puak2 pondok) , antara amalan lain ialah amalan tunggu kubur, solat terawih di atas kuburan dan sebagai nya......

justeru, saya ingin mengajak sahabat sekalian untuk sama2 kita berpegang pada Al Quran dan As Sunnah, dan jangan lah sesekali kita ingkar kepada keduanya, semata2 untuk mengikuti pendapat tok guru atau ustaz atau mereka yang kita percaya pada nya.....

JAUHILAH SIKAP FANATIK.... KEMBALI LAH KEPADA AJARAN YANG SEBENAR....

Wednesday, November 19, 2008

Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam

Setiap seorang dari para imam mazhab yang empat telah berwasiat kepada umat Islam seluruhnya agar mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah, bukannya ajaran atau pendapat mereka. Ini mereka tegaskan kerana menyedari akan hakikat sebenar diri mereka sebagai manusia yang ada kelemahan dan kekurangan. Walaupun para imam mazhab ini diiktiraf dan disanjung keilmuannya oleh orang ramai, mereka tetap dengan penuh keikhlasan hati dan rendah diri mengakui bahawa adakalanya mereka boleh tersilap atau kurang tepat dalam ajaran mereka.

Antara masalah paling kerap yang dihadapi oleh para imam mazhab, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ialah kesukaran memperolehi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat penghafal hadis banyak yang sudah meninggal dunia manakala anak murid mereka yang sempat menghafal hadis-hadis tersebut bertebaran di seluruh dunia Islam.

Atas faktor ini dan beberapa yang lain, kita dapati para imam mazhab berwasiat kepada umat Islam dengan wasiat yang masyhur:

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab aku.[1]

Berikut akan dikemukakan wasiat-wasiat para imam mazhab, dimulai dengan tumpuan khas kepada wasiat al-Syafi‘e memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia cenderung kepada Mazhab al-Syafi‘e.

Wasiat al-Syafi‘e

Pertama: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadis yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku.[2]

Kedua: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.[3]

Ketiga: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:
Dalam setiap isu, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti.[4]

Keempat: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Wasiat para imam maz-hab ini adalah benar akan tetapi perlaksana-annya tidaklah semudah yang disangkakan. Sese-orang itu tidak boleh menghukum imam maz-hab sebagai silap sema-ta-mata kerana satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya.

Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).[5]

Kelima: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Pertama, sesuatu berita itu daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wajib diterima. Kedua, berita tersebut ataupun hadis tersebut wajib diterima jika ianya telah disahkan walaupun tiada di antara imam-imam sebelum ini yang mengamalkan atau mengajarkan sesuatu daripada hadis tersebut.

Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa jika tindakan salah seorang imam itu bertentangan dengan hadis daripada Nabi maka tindakan imam itu haruslah ditinggalkan dan diganti dengan petunjuk yang berasal daripada hadis Nabi.

Di samping itu, suatu hadis yang diyakini sah daripada Nabi adalah tegas dengan sendirinya tanpa memerlukan konformasi daripada tindakan seseorang lain selepas beliau.[6]

Keenam: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah:

Pertama, pendapat boleh diterima bilamana tidak ada sunnah dalam hal itu. Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebegini-sebegini, seseorang itu wajib meninggalkan apa yang dia telah atau sedang lakukan.

Seseorang itu wajib meninggalkan sesuatu amalan yang bertentangan dengan sunnah. Juga dia wajib meninggalkan pendapat yang mengatakan bahawa sunnah hanya boleh tertegak atas dukungan suatu berita yang datang menyusul. Dan seseorang itu patut akur bahawa sunnah itu tidak boleh dikebelakangkan oleh sesuatu apapun yang bertentangan dengannya.[7]

Wasiat Abu Hanifah

Berkata Abu Hanifah rahimahullah:

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu.[8]

Wasiat di atas diulas oleh al-Syuhnah di dalam kitabnya Syarh al-Hidayah:

Apabila sesuatu hadis itu sahih manakala ianya bertentangan pula dengan mazhab, perkara yang mesti dilakukan ialah beramal berdasarkan hadis tersebut. Demikian itu adalah Mazhab Abu Hanifah dan para pengikut mazhab tidaklah terkeluar dari kedudukannya sebagai pengikut Hanafi dengan mengamalkan hadis tersebut.

Terdapat suatu riwayat yang sahih daripada al-Imam Abu Hanifah menyebutkan bahawa beliau telah berkata “Apabila Hadis itu sahih, itulah mazhab aku.” Riwayat ini diceritakan daripada Ibn ‘Abd al-Barr daripada al-Imam Abu Hanifah dan juga daripada imam-imam lainnya.[9]

Wasiat Malik bin Anas

Pertama: Berkata Malik bin Anas rahimahullah:

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.[10]

Kedua: Berkata Malik bin Anas rahimahullah:

Tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada ianya diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[11]

Wasiat Ahmad bin Hanbal

Pertama: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[12]

Kedua: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
Pendapat al-Awza‘e, Malik dan Abu Hanifah, semuanya adalah pendapat semata-mata. Aku melihat semuanya sama di sisiku, yang mesti jadi rujukan hanyalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[13]

Demikian beberapa wasiat para imam mazhab kepada umat Islam keseluruhannya. Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal, secara jujur dan penuh ketaqwaan sentiasa menekankan agar yang ditaati ialah sunnah atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bukannya ajaran mereka.

Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah merumuskan:

Daripada keterangan-keterangan para imam mazhab ini, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walaupun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka.

Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam maz-hab itu sendiri berpesan sedemikian.

Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Dan adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi pesuruh Allah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain.

Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.[14]

al-Sya'rani rahimahullah berkata:

Apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedu-dukan imam ikutan seseorang itu ke-rana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan si-lapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati berten-tangan dengan ajaran Nabi.

Kita meyakini seandainya para imam mujtahid (para imam mazhab) tersebut semasa hidupnya mengetahui kesahihan hadis-hadis yang tidak mereka pergunakan dan baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mereka, tentu mereka akan mempergunakan hadis-hadis tersebut dan mengamalkannya. Kemudian mereka akan menghindari qiyas yang telah mereka lakukan dan meralat (membetulkan) semula pendapat yang telah mereka cetuskan terdahulu …… Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam mazhab itu sendiri berpesan sedemikian. [15]

Berkata al-Albani rahimahullah setelah mengemukakan wasiat-wasiat di atas:

Kenyataan tersebut menggambarkan ketinggian ilmu dan ketaqwaan para imam tersebut, di mana melalui perkataan seperti di atas mereka menegaskan bahawa mereka tidaklah menguasai sunnah keseluruhannya.

Kadang-kala terhasil daripada mereka ini (para imam mazhab) beberapa perkara yang menyalahi sunnah yang tidak kesampaian kepada mereka. Apabila mereka mengetahui akan sunnah tersebut, mereka memerintahkan kita agar berpegang teguh dengannya dan menjadikannya sebagai mazhab mereka. Semoga Allah memberi Rahmat kepada mereka semua.[16]

Catitan Penting:

Wasiat-wasiat para imam mazhab di atas adalah benar akan tetapi perlaksanaannya tidaklah semudah yang disangkakan. Seseorang itu tidak boleh mengubah ajaran mazhabnya atau menghukum imam mazhabnya sebagai tersilap semata-mata dengan satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya. Ini kerana sesuatu mazhab itu tidak terbina di atas satu atau dua hadis tetapi himpunan ribuan buah hadis. Himpunan hadis-hadis ini pula difahami dan ditetapkan kandungan hukumnya berdasarkan kaedah-kaedah yang digariskan dalam ilmu usul fiqh.

Oleh itu perlaksanaan wasiat-wasiat di atas tertakluk kepada beberapa syarat sebagaimana yang diulas oleh al-Nawawi rahimahullah:

Perkataan (wasiat) al-Syafi‘e tersebut tidaklah bermaksud bahawa setiap seseorang yang menemui hadis yang sahih berhak berkata “Inilah ajaran Mazhab al-Syafi‘e” dan beramal dengan zahir hadis tersebut. Sesungguhnya yang berhak berkata sedemikian hanyalah seseorang yang memiliki darjat berijtihad dalam mazhab, baik yang telah sampai kepadanya atau yang menghampirinya.

Dan disyaratkan bagi orang tersebut dengan keyakinan yang mengatasi dugaan bahawa al-Syafi‘e rahimahullah tidak membicarakan hadis tersebut atau tidak mengetahui akan kebenarannya. Dan ini hanyalah dapat dilakukan setelah ditelaah semua kitab al-Syafi‘e dan juga kitab para sahabatnya (tokoh-tokoh al-Syafi‘eyyah) yang diiktiraf atau apa yang setaraf dengannya.

Syarat-syarat ini adalah sulit dan hanya segelintir kecil yang mampu mencapainya. Sesungguhnya sebab kami menyebut syarat-syarat ini hanyalah kerana al-Syafi‘e rahimahullah, berdasarkan penilaian dan ilmunya, seringkali meninggalkan pengamalan zahir sebuah hadis kerana di sisi beliau terdapat dalil lain yang melemahkannya atau yang membatalkannya (nasakh) atau yang mengkhususkannya atau kerana ditakwilkannya atau kerana beberapa sebab yang lain.[17]

Di atas adalah syarat-syarat yang perlu diperhatikan sebelum seseorang itu mengubah mazhab imamnya. Adapun atas tujuan selain itu, seseorang boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang mujtahid. Asalkan dia mampu mengkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh. al-Zarkasyi rahimahullah menulis:

Sesiapa yang (pada mulanya) bertaqlid[18] kepada sebahagian imam (mazhab) lalu kemudian darjatnya naik sedikit sehingga mampu memahami dan mengkaji dalil-dalil syari‘at , maka apabila dia menemui sebuah hadis yang dapat digunakan sebagai hujah dan hadis itu pula digunakan oleh sebahagian orang namun berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya, maka adakah dibolehkan dia berijtihad (dengan mengamalkan hadis tersebut dan meninggalkan pendapat imam mazhabnya) ?

…… Berkata Abu ‘Amr (Ibn al-Shalah): Dalam hal ini kami berpendapat, jika seseorang itu memiliki sarana untuk berijtihad secara mutlak atau (sekurang-kurangnya berijtihad) dalam sesebuah bab atau masalah tertentu, maka dibolehkan bagi dia beramal dengan hadis tersebut. (Juga dibolehkan) sekalipun jika dia tidak memiliki saranan untuk berijtihad secara sempurna dan wujud di hatinya keraguan terhadap hadis tersebut,[19] asalkan dia tidak mendapati hadis lain yang bertentangan dengan hadis yang ingin diamalkan itu. Jika terdapat seorang imam di luar mazhabnya yang beramal dengan hadis tersebut, maka dia boleh bermazhab kepadanya. Demikian merupakan alasan yang membolehkan dia meninggalkan pendapat imam mazhabnya (yang asal).[20]

Ibn Taimiyyah rahimahullah menguatkan lagi pendapat Ibn al-Shalah tentang tidak perlunya seseorang itu memiliki darjat mujtahid untuk beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya:

Boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang dite-muinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang muj-tahid. Asalkan dia mampu me-ngkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh.

Urusan ijtihad bukanlah suatu perkara yang tidak dapat menerima pemecahan dan pembahagian. Bahkan mungkin sahaja wujud seorang yang memiliki keahlian untuk berijtihad di dalam satu bidang ilmu atau bab atau permasalahan dan tidak di dalam bidang ilmu atau bab atau permasalahan yang lain. Oleh itu setiap seseorang boleh berijtihad mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Justeru sesiapa yang meneliti sesuatu permasalahan yang berselisih para ilmuan tentangnya lalu dia memperolehi beberapa nas (hujah) yang berada di luar nas-nas yang diperselisihan oleh kedua-dua pihak yang berbeza pendapat itu[21], maka bagi dia dua pilihan:

(Pertama), dia mengikut pendapat terakhir (terkuat dan termasyhur di dalam mazhabnya) dengan sebab ia adalah pendapat imam yang mazhabnya menjadi ikutan dia. Tindakan ini tidak memiliki hujah di dalam syari‘at[22] akan tetapi disebabkan kebiasaan yang ditentang oleh kebiasaan yang lain,[23] dia terikat kepada mengikut saja pendapat imam mazhabnya.

(Kedua), dia mengikut pendapat yang dikuatkannya berdasarkan penelitiannya terhadap nas-nas yang menjadi dalil ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, (hendaklah dipastikan bahawa) pendapatnya selari dengan pendapat salah seorang imam sekalipun ia berbeza dengan pendapat imam (yang menjadi ikutannya) dan nas-nas tersebut selamat daripada sebarang pertentangan dengan nas yang lain untuk diamalkan. (Jika dapat dipastikan dua hal ini) maka (beramal dengan pendapat yang dikuatkannya itu) merupakan satu tindakan yang salih (baik).[24]

Justeru orang yang belum mencapai darjat mujtahid sepenuhnya, apabila dia menemui hadis sahih yang pada zahir kelihatan berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya hendaklah memerhatikan beberapa perkara yang penting:

Tidak boleh menggunakan hadis tersebut untuk mengubah ajaran mazhabnya.

Dia boleh mengamalkan hadis tersebut dengan syarat dia dapat memastikan tidak ada dalil yang menentangnya, sama ada dalam bentuk yang membatalkannya (nasikh & mansukh), mengkhususkannya (am & khas), membataskannya (mutlak & muqayyad) dan sebagainya.

Dengan hadis tersebut dia boleh meninggalkan pendapat mazhabnya dalam masalah yang berkaitan. Namun lebih afdal jika pengamalan hadis tersebut adalah selari dengan pendapat salah seorang imam atau tokoh ilmuan yang lain.

Dia juga boleh mengajar pengamalan hadis tersebut kepada orang ramai akan tetapi tidak boleh memaksa atau bertindak keras jika sebahagian mereka masih ingin mengikut pendapat mazhab masing-masing. Ini kerana orang ramai bebas memilih kepada siapa mereka hendak rujuk berdasarkan keyakinan masing-masing.

Bibliografi / Nota Kaki:

[1]Dari Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57. Riwayat-riwayat ini dan yang akan datang seterusnya dinukil drpd buku The Prophet’s Prayer Described oleh al-Albani.
[2]Riwayat Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq, 15/1/3.
al-Imam Ibn ‘Asakir lahir pada 499H/1106M di bandar Damsyik. Seorang ahli sejarah dan ahli hadis yang terkemuka bagi Mazhab al-Syafi‘e pada kurun ke 5 hijrah. Beliau yang nama asalnya ialah Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hassan meninggal dunia pada 571H/1176M.
[3]Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94.
[4]Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363.
[5]Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63.
al-Imam al-Nawawi ialah seorang imam mujtahid yang masyhur bagi Mazhab al-Syafi‘e. Beliau yang nama asalnya Abu Zakaria Yahya bin Syaraf lahir di Syria pada 631H/1233M. Antara karangan beliau ialah kitab fiqh Mazhab al-Syafi‘e berjudul al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dan Syarh Shahih Muslim. Meninggal dunia pada 676H/1277M
[6]al-Risalah, para 423, sub-para 3.
[7]al-Risalah, para 426.
[8]Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.
[9]Dinukil drpd The Prophet’s Prayer Described, ms. viii.
[10]Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32.
Ibn ‘Abd al-Barr, beliau ialah al-Imam Yusuf bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin ‘Abd al-Barr, lahir di Qordova, Sepanyol pada tahun 368H/978M. Seorang ahli hadis yang ulung dalam dunia Islam dan ahli fiqh yang masyhur dalam Mazhab Maliki. Meninggal dunia pada tahun 463H/1071M.
[11]Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 91.
[12]Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276.
al-Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al-Asy'ath al- Sijistan, lahir pada 202H/818M. Beliau sempat berguru kepada Ahmad bin Hanbal bersama al-Bukhari dan Muslim. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Abu Daud, mengandungi 4800 buah hadith dan sudahpun diterjemahkan. Selain itu beliau ada mengarang belasan buah kitab yang lain sebelum meninggal dunia pada 275H/889M di Basrah, Iraq.
[13]Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 149.
[14]al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ialah seorang tokoh besar di dalam bidang hadis dan fiqh bagi Mazhab Hanbali. Beliau yang nama sebenarnya Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman bin Ahmad lahir pada 736H/1335M dan meninggal dunia pada 795H/1393M. Kata-katanya di atas dikutip oleh Salih al-Fulani (1218H/1804M) di dalam kitabnya Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil drpd The Prophet's Prayer Described, ms. xv oleh al-Albani.
[15]al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 98.
[16]The Prophet's Prayer Described, ms. viii.
[17]al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (ed: M. Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 136. Ibn Taimiyyah rahimahullah telah menggariskan 20 sebab dan kaedah di mana sesuatu hadis itu boleh ditinggalkan pengamalannya. Lihat risalah beliau berjudul Rof’ul Malam ‘an A’immat al-A’lam (رفع الملام عن الأئمة الأعلام) (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut tp.thn.).
[18]Taqlid ialah mengikut pendapat seorang imam tanpa mengetahui alasan atau hujah di sebaliknya.
[19]Yakni keraguan kerana hadis tersebut berselisihan dengan pendapat imam mazhab yang diikutinya.
[20]Nukilan berpisah daripada al-Bahr al-Muhith (Dar al-Kitabiy, Beirut tp.thn.), jld. 8, ms. 343-344. al-Zarkasyi telah menukil beberapa pendapat, antaranya oleh al-Qarafi dan al-Nawawi yang meletakkan beberapa syarat ketat sebelum seseorang itu dapat mengubah mazhab seorang imam sesama-mata berdasarkan hadis sahih yang ditemuinya. Namun al-Zarkasyi juga menukil pendapat Ibn al-Shalah sepertimana di atas yang membolehkan orang perseorangan mengamalkan hadis sahih yang ditemuinya.

al-Zarkasyi, beliau ialah al-Imam Muhammad bin Bahadur bin ‘Abd Allah. Lahir di Kaherah pada tahun 745H/1344H, beliau merupakan seorang ahli usul fiqh yang ulung di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Meninggal dunia pada 794H/1392M.

al-Imam Ibn al-Shalah, beliau ialah ‘Utsman ibn ‘Abd al-Rahman Shalah al-Din, lahir di Sharkhan pada 577H/1181M. Beliau ialah seorang ahli hadis yang tersohor di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Kitabnya yang terkenal di dalam ilmu hadis, berjudul ‘Ulum al-Hadits menjadi rujukan semua 4 mazhab hingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia pada 643H/1245M.
[21]Yakni dia memperoleh dalil dan hujah yang dapat mengunggulkan satu pendapat di antara beberapa pendapat yang sedang diperselisihkan.
[22]Ini kerana kewajipan seseorang ialah mengikut dalil dan hujah yang diyakininya paling mendekati kebenaran al-Qur’an dan al-Sunnah. Dalam penjelasan seterusnya, Ibn Taimiyyah menerangkan bahawa sekalipun pilihan yang pertama ini tidak memiliki dasar yang dibenarkan oleh syari‘at, ia tetap dibolehkan kerana orang tersebut tidak memiliki kelayakan yang secukupnya untuk berijtihad sepenuhnya. Ibn Taimiyyah menggelarnya sebagai satu “penurunan”, iaitu pelonggaran syarat. Pilihan pertama ini tidak dibolehkan jika seseorang itu memiliki kemampuan untuk berijtihad sepenuhnya.
[23]Yakni sudah menjadi kebiasaan dia dituntut mengikut mazhab asalnya sahaja. Jika dia meninggalkan mazhabnya, dia akan dikritik oleh masyarakat yang sudah biasa mengkritik orang yang meninggalkan mazhab asalnya.
[24]Majmu’ al-Fatawa, jld. 20, ms. 212-213.

sumber ;- http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=2542866&start=0&

Thursday, November 13, 2008

BELAJARLAH MENGIKUTI SUNNAH....

Beberapa hari lepas, saya telah membeli sebuah buku yang bagi saya sepatutnya dimiliki oleh semua yang menggelarkan diri mereka muslim....

buku ini bertajuk "sifat solat nabi" karangan Sheikh Muhammad Nashiruddin Al bani. Diterbitkan oleh Media Hidayah, dan diterjemahkan oleh Muhammad talib.. Saya beli buku ni di kedai "Pustaka Rezeki harapan" berhadapan dengan masjid india, kuala lumpur.... saya rasa ramai dikalangan kite yang mengetahui tempat bekenaan.

Alhamdulillah, rasa syukur kepada Allah kerana setelah sekian lama mejejaki buku berkenaan, akhirnya saya jumpa jugak akhirnya.. sudah banyak tempat saya cari buku berkenaan, namun tiada dipasaran....setakat ni, hanya kat situ jerk yang saya jumpa.... saya cari banyak di kedai2 buku antaranya pustaka ja'afar rawas kota bharu, bellwell melaka central, muda osman pasir puteh dan banyak lagi tempat, kalo tak salah dah lebih 7 tempat, atau mungkin dah lebih dari 10 tempat....

Sebenarnya saya sudah membeli 2 buku yang tajuknya seakan2 sama dengan tajuk buku diatas.. namun lantaran isi kandungannya masih tidak memuaskan hati saya, menyebabkan saya tidak pernah berhenti untuk mendapatkan buku berkenaan... 2 buku yang telah saya beli sebelum ini ialah:-

1. Contoh solat Nabi , pengarangnya juga adalah sheikh nasiruddin Al-bani... tetapi penterjemah dan penyelenggaranya ialah Abdullah Al Qari... saya dapati buku ini banyak ter"miss" daripada buku asal karangan albani. buku ini diterbitkan oleh Darul Nu'man..

2. Sifat-Sifat Solat Nabi. buku ini dikarang oleh Dr Aidh Abdullah Al-QOrni...penulis buku best seller... bukunya nipis sahaja tetapi cukup padat dengan hujah dan dalil yang sahih..... buku ini diterjemah oleh Mujahidin Nuryadi.... dan diterbitkan oleh pustaka As shofa.

Apa yang membezakan antara kedua buku yang telah saya beli dengan buku yang baru saya beli ialah dari segi isi kandungannya... saya suka akan bagaimana albani menulis muqaddimahnya.... dalam muqaddimahnya, albani cuber melontarkan pandangan imam mazhab mengenai dengan pandangan mereka (yakni para imam) dalam menyatakan pendirian mereka tentang hadith dan dalil...


saya suka untuk mengalu-alukan tuan2 dan puan mendapatkan buku ini sebagai panduan kepada diri tuan tentang bagaimana seharusnya bagi kite solat sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi...sebagai sabda baginda...

" Solat lah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat." hadith riwayat bukhari muslim, ahmad: lihat irwa'ul ghalil, hadith no 213.

hal ini jelas kepada kita bahawa solat merupakan ibadah yang harus diikuti cara sebagaimana yang ditunjuk oleh nabi.... begitu juga dengan ibadah lain....seharusnya ibadah lain juga seharusnya mengikut apa yang ditunjuk oleh nabi, bukan ulama', tok guru atau sebagainya....kerana manusia biasa (termasuk ulama', ustaz dan tok guru) bisa melakukan kesilapan dan dosa....melainkan nabi yang maksum dan sentiasa mendapat petunjuk dan wahyu dari Allah..

Terkadang kita asyik mementing kuantiti ibadah kita sehingga kiter lupa akan kualiti itu lebih penting dari kuantiti......hal demikian menyebabkan kita ghairah melakukan ibadah tanpa memeriksa samada ibadah yang kiter lakukan itu adalah warid( datang) atau tidak dari nabi...

justeru saya mengajak sdr/i sekalian untuk bersama membetulkan ibadah kiter.... Solat adalah permulaan yang baik untuk kiter perbetulkan kerana solat adalah ibadah rukun yang kiter tidap dapat tidak wajib melakukan nya 5 kali sehari. oleh itu buku yang saya beli adalah bagus bagi anda untuk memperbaiki amalan sebagai seorang muslim, meningkatkan kualiti ibadah sebagaimana yang diajarkan oleh nabi sekaligus bertepatan dengan kehendak Allah...

sekadar itu sahaja untuk kali ini......

" Kembali lah kepada Ajaran asal islam "

RAJA NOR AZRIN BIN RAJA YUNUS,
UTeM, Melaka.






Sunday, October 26, 2008

SEGELINTIR ADUN PAS MEMALUKAN....TIDAK SERIUS KETIKA BERSIDANG!!

" MUNGKIN ANDA JUGA AKAN SEPENDAPAT DENGAN SAYA SEKIRANYA ANDA MELIHAT GELAGAT SEGELINTIR ADUN PAS YANG TIDAK BEGITU SERIUS KETIKA BERSIDANG. MUNGKINKAH MEREKA RASA SELESA DENGAN BILANGAN ADUN PAS YANG RAMAI, SO MEREKA TIDAK PERLU SERIUS KETIKA BERSIDANG. .....KELAB PENYKONG KERAJAAN HARUS AMBIK TINDAKAN..."


Bukan niat saya untuk mengkritik atau memalukan sesiapa, tetapi sekadar untuk membetulkan keadaan dengan membuat teguran. Sebagai seorang 'atas pagar' yang lebih cenderung dengan dasar dan kepimpinan pakatan rakyat terutamanya PAS, saya amat terkilan biler melihat sidang dun Kelantan yang bersidang buat kali ke 3 pada tahun ini.


Apa yang disedihkan adalah mengenai ketidakseriusan segelintir ADUN PAS ketika menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil rakyat. Walaupun segelintir, akan tetapi bak kata pepatah melayu, sebab nila setitik habis ROSAK susu sebelanga. Apa yang sepatutnya mereka lakukan adalah membincangkan soal kebajikan rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi apa yang malangnya ialah mereka seolah2 sekadar ingin berjenaka dan menghiburkan ahli dewan yang lain. Mereka sepatutnya mempergunakan sebaik mungkin kesempatan dan ruang yang ada demi MEMBELA kebajikan rakyat.

Terkadang saya lebih tertarik dengan segelintir ADUN pembangkang yang kelihatan lebih educated dan lebih bersdia ( mempunyai fakta) berbanding ADUN PAS. Sebagai contoh, Ketua Pembangkang DUN kelantan, Dato' Alwi che mat, beliau kelihatan lebih bersedia dan lebih bernas dalam berhujah. Antara petikan ucapan beliau yang saya rasa YB ADUN PAS HARUS ambil perhatian ialah mengenai etika ketika berhujjah. Seorang ADUN tidak sepatutnya memperbesarkan perkara yang kecil, sehingga hilang fokus kepada tajuk perbahasan sebanar. Soalan yang diajukan mestilah berkualiti. YB ADUN juga seharusnya bertanya soalan dengan soalan yang ilmiah, bukan dengan niat untuk mencari gaduh atau perbalahan, apa yang seharusnya ialah mesti berkisar soal kebajikan rakyat. Bukan membangkitkan soalan2 yang mengarut yang sekadar menganggu perbahasan ADUN lain.

Disini saya ingin membuat teguran terbuka, sekali lagi saya tegaskan saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa tetapi sekadar untuk memberikan teguran, semoga dengan teguran ini, segelintir ADUN PAS (yang akan saya sebutkan nanti) boleh improve dari segi cara membangkitkan soalan dan cara berhujah supaya rakyat yang memilih mereka tidak berasa kecewa akibat ketidakseriusan mereka ketika bersidang.

Antara YB ADUN PAS yang amat mengecewakan saya ialah ADUN KEMUNING, (Ust Wan muhd Lutfi). Walaupun beliau kerap bertanya, tetapi kualiti soalan beliau amat mengecewakan saya. Saya puji kekerapan beliau bertanya soalan, tetapi beliau sepatutnya lebih serius bertanya soalan. Apa yang bangkitkan beliau terkadang lari dari topik perbincangan. Amat memalukan lagi apabila soalan beliau ditempelak begitu sahaja oleh ketua pembangkang sehingga saya sendiri tumpang malu. Lihatlah ketika ADUN Melor, UST WAN ISMAIL WAN JUSOH, bangun untuk bertanya soalan kepada Ketua Pembangkang, ternyata soalan yang diajukan oleh ADUN Melor amat mengecewakan... Malah diperlekehkan begitu sahaja oleh dato' Alwi.. Begitu juga dengan ADUN GALAS yang juga bagi saya tidak nak berapa serius... Lihat dan nilailah sendiri..... Kalo macam nilah cara mereka, saya fikir, PAS tidak akan bertahan lama...

so, nasihat saya kepada segelintir ADUN PAS ialah seriuslah ketika bersidang, apakah patut anda dipilih oleh rakyat sekdar datang ke sidang DUN untuk membuat jenaka, atau sekadar untuk mengkritik UMNO. Takkan la sampai dalam dewan pun nak cakap soal politik kepartian. Ketepikanlah poltik kepartian ketika anda bersidang. Ingat! ramai orang yang memerhatikan kamu.. sebaliknya bincanglah soal kebajikan rakyat, tanpa mengira fahaman atau sentimen kepartian. Ingat ! kalo ADUN Pas juga memilih untuk bersentimen, maka apa bezanya antara PAS dan UMNO... ADUN PAS harus lebih rasional dan lebih ilmiah...

Dalam sidang DUN, lihatlah contoh yang sangat bagus ketika berhujah dan bersidang, antara yang saya boleh sebutkan disini adalah Dato Husam Musa, dato ahmad yaakob, Drs zainuddin awang hamat, YB Takiyyudin dan lain2.,, Kepada YB PAS yang baru, jadikanlah mereka sebagai contoh atau qudwah dalam bersidang...

Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga......

Apa2pun saya minta maaf sekiranya teguran ini menyinggung hati sesiapa yang berkenaan... ana hanya ingin menegur dengan ikhlas demi kebaikan islam insyaAllah....

Anda boleh lihat dan download sidang dun kelantan melalui website :

http://kelantan.tv/

SEGELINTIR ADUN PAS MEMALUKAN....TIDAK SERIUS KETIKA BERSIDANG!!

" MUNGKIN ANDA JUGA AKAN SEPENDAPAT DENGAN SAYA SEKIRANYA ANDA MELIHAT GELAGAT SEGELINTIR ADUN PAS YANG TIDAK BEGITU SERIUS KETIKA BERSIDANG. MUNGKIN MEREKA RASA SELESA DENGAN BILANGAN ADUN PAS YANG RAMAI, SO THEN MEREKA TIDAK PERLU SEIRUS KETIKA BERSIDANG. ....."


Bukan niat saya untuk mengkritik atau memalukan sesiapa, tetapi sekadar untuk membetulkan keadaan dengan membuat teguran. Sebagai seorang 'atas pagar' yang lebih cenderung dengan dasar dan kepimpinan pakatan rakyat terutamanya PAS, saya amat terkilan biler melihat sidang dun Kelantan yang bersidang buat kali ke 3 pada tahun ini.


Apa yang disedihkan adalah mengenai ketidakseriusan segelintir ADUN PAS ketika menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau wakil rakyat. Walaupun segelintir, akan tetapi bak kata pepatah melayu, sebab nila setitik habis ROSAK susu sebelanga. Apa yang sepatutnya mereka lakukan adalah membincangkan soal kebajikan rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi apa yang malangnya ialah mereka seolah2 sekadar ingin berjenaka dan menghiburkan ahli dewan yang lain. Mereka sepatutnya mempergunakan sebaik mungkin kesempatan dan ruang yang ada demi MEMBELA kebajikan rakyat.

Terkadang saya lebih tertarik dengan segelintir ADUN pembangkang yang kelihatan lebih educated dan lebih bersdia ( mempunyai fakta) berbanding ADUN PAS. Sebagai contoh, Ketua Pembangkang DUN kelantan, Dato' Alwi che mat, beliau kelihatan lebih bersedia dan lebih bernas dalam berhujah. Antara petikan ucapan beliau yang saya rasa YB ADUN PAS HARUS ambil perhatian ialah mengenai etika ketika berhujjah. Seorang ADUN tidak sepatutnya memperbesarkan perkara yang kecil, sehingga hilang fokus kepada tajuk perbahasan sebanar. Soalan yang diajukan mestilah berkualiti. YB ADUN juga seharusnya bertanya soalan dengan soalan yang ilmiah, bukan dengan niat untuk mencari gaduh atau perbalahan, apa yang seharusnya ialah mesti berkisar soal kebajikan rakyat. Bukan membangkitkan soalan2 yang mengarut yang sekadar menganggu perbahasan ADUN lain.

Disini saya ingin membuat teguran terbuka, sekali lagi saya tegaskan saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa tetapi sekadar untuk memberikan teguran, semoga dengan teguran ini, segelintir ADUN PAS (yang akan saya sebutkan nanti) boleh improve dari segi cara membangkitkan soalan dan cara berhujah supaya rakyat yang memilih mereka tidak berasa kecewa akibat ketidakseriusan mereka ketika bersidang.

Antara YB ADUN PAS yang amat mengecewakan saya ialah ADUN KEMUNING, (Ust Wan muhd Lutfi). Walaupun beliau kerap bertanya, tetapi kualiti soalan beliau amat mengecewakan saya. Saya puji kekerapan beliau bertanya soalan, tetapi beliau sepatutnya lebih serius bertanya soalan. Apa yang bangkitkan beliau terkadang lari dari topik perbincangan. Amat memalukan lagi apabila soalan beliau ditempelak begitu sahaja oleh ketua pembangkang sehingga saya sendiri tumpang malu. Lihatlah ketika ADUN Melor, UST WAN ISMAIL WAN JUSOH, bangun untuk bertanya soalan kepada Ketua Pembangkang, ternyata soalan yang diajukan oleh ADUN Melor amat mengecewakan... Malah diperlekehkan begitu sahaja oleh dato' Alwi.. Begitu juga dengan ADUN GALAS yang juga bagi saya tidak nak berapa serius... Lihat dan nilailah sendiri..... Kalo macam nilah cara mereka, saya fikir, PAS tidak akan bertahan lama...

so, nasihat saya kepada segelintir ADUN PAS ialah seriuslah ketika bersidang, apakah patut anda dipilih oleh rakyat sekdar datang ke sidang DUN untuk membuat jenaka, atau sekadar untuk mengkritik UMNO. Takkan la sampai dalam dewan pun nak cakap soal politik kepartian. Ketepikanlah poltik kepartian ketika anda bersidang. Ingat! ramai orang yang memerhatikan kamu.. sebaliknya bincanglah soal kebajikan rakyat, tanpa mengira fahaman atau sentimen kepartian. Ingat ! kalo ADUN Pas juga memilih untuk bersentimen, maka apa bezanya antara PAS dan UMNO... ADUN PAS harus lebih rasional dan lebih ilmiah...

Dalam sidang DUN, lihatlah contoh yang sangat bagus ketika berhujah dan bersidang, antara yang saya boleh sebutkan disini adalah Dato Husam Musa, dato ahmad yaakob, Drs zainuddin awang hamat, YB Takiyyudin dan lain2.,, Kepada YB PAS yang baru, jadikanlah mereka sebagai contoh atau qudwah dalam bersidang...

Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga......

Apa2pun saya minta maaf sekiranya teguran ini menyinggung hati sesiapa yang berkenaan... ana hanya ingin menegur dengan ikhlas demi kebaikan islam insyaAllah....

Anda boleh lihat dan download sidang dun kelantan melalui website :

http://kelantan.tv/

Sunday, October 19, 2008

SEKITAR PILIHANRAYA KAMPUS UTeM 2008

MENGENAI PEMILIHAN YDP MPP YANG BARU.....AKU BERPANDANGAN BAHAWA XSEMESTINYA MPP YANG DAPAT UNDIAN TERTINGGI DAPAT JADI YDP...
WALAUPUN AKU DULU DAPAT HIGHEST VOTE DAN DILANTIK JADI YANG DIPERTUA MPP 2005/2006

UNTUK MAKLUMAN,MENGIKUT PERLEMBANGAAN MPP, SELEPAS MENANG, AHLI MPP YANG SERAMAI 22 ORANG AKAN MEMILIH SEORANG DARIPADA MEREKA UNTUK MENJADI YDP MPP. SO, HAK UNTUK MENENTUKAN SIAPA YDP MPP BUKANLAH TERLETAK PADA PENGUNDI ATAU BERDASRKAN HIGHEST VOTE, TETAPI INI ADALAH HAK AHLI MPP YANG SUDAH MENANG...

AKU BUKAN NAK MENGUTUK SESIAPA.... CUMER NAK BAGITAU REALITY....DAN APA YANG AKU CAKAP NI BUKAN SEMATA TERTUMPU PADA MPP TAHUN INI SAHAJA, BAHKAN BERDASARKAN TREND DARI MULA MPP DIPERTANDINGKAN DI UTeM.

MOSTLY, KEBANYAKAN STUDENT PUN TAK KENAL CALON...SO JADILAH 2 TREND UTAMA DALAM PROSES PENGUNDIAN DI UTeM

1. MEMILIH BERDASARKAN RUPER PARAS...
SO KEBANYAKAN NYER MEMILIH BERDASARKAN RUPA PARAS ATAU KECANTIKAN BAGI YANG PEMPUAN DAN HANDSOME BAGI CALON LELAKI.... SEBAB TULAH ADA CALON TAK POPULAR
MENANG SEBAB DIA CANTIK OR SEBAB DIA HANDSOME BUKAN SEBAB DIA BAGUS.....DAN MALANGNYA CALON YANG BAGUS KALAH....SEBAB DIA TAKDER RUPER PARAS...DAN GEMUK...HITAM.... PENDEK KATER TAK CANTIK PADA RUPA PARASNYA.....

2. MEMILIH BERDASARKAN KAUM.
INILAH HAKIKAT YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN...... MELAYU MEMANG AKAN SOKONG MELAYU.... SENTIMEN KEMELAYUAN CUKUP KUAT... BUAT LA ANALISIS, TENGOK, KALO ADA CALON INDIA ATAU CINA BERTANDING, HARAPAN UNTUK MENANG AGAK SUSAH...BOLEH KATER DIAORANG AKAN KALAH.... TETAPI INI TIDAK BERMAKNA CINA DAN INDIA TIDAK SENTIMEN PERKAUMAN... MEREKA PUN SAME.2X5 JERK.. TETAPI DI SEBABKAN MEREKA ADALAH KUMPULAN MINORITI, JADI TAK NAMPAK MEREKA SENTIMEN, SEBAB POPULATION MEREKA TIDAK BOLEH MEMENANGKAN CALON...COZ MEREKA ADALAH MINORITI....

WALAU BAGAIMANAPUN AKU NAMPAK, SENTIMEN MENGIKUT KAUM SUDAH BERKURANGAN.... BERMULA DARI PRK 2005...APABILA KAMALESHWARAN DARI FKEKK MENDUDUKI TEMPAT KE4 DENGAN PERBEZAAN LEBIH KURANG 30 UNDI SAHAJA DARI KEDUDUKAN KE3 UNTUK MEMBOLEHKAN BELIAU MENANG UNTUK KERUSI MPP...

SO KESIMPULAN CALON NON MALAY YANG MENANG, ADALAH CALON YANG BETUL2 POPULAR DAN MEMANG DIA ADA PENGARUH....

TETAPI PERLU DIINGAT, TAK SEMESTINYA NON MALAY YANG JADI MPP TU ADA PENGARUH ATAU DIA HEBAT, KEMUNGKINAN DIA MENANG TANPA BERTANDING ATAU "KEADAAN" MEMBOLEHKAN DIA MENANG.. SEBAGAI CONTOH DALAM SEBUAH FAKULTI, ADA 4 CALON BERTANDING...DALAM FAKULTI 3 TIGA KERUSI UNTUK DIMENANGI, DALAM 4 CALON NI HANYA ADA 2 MALAY DAN 2 LAGI ADALAH NON MALAY.... SO SUDAH PASTI... SATU KERUSI AKAN JADI MILIK NON MALAY....


SELAIN DIATAS ADA LAGI TREND PELAJAR MENGUNDI....TETAPI TAK PERLU SAYA SEBUTKAN SEMUA... CUKUPLAH 2 POINT PENTING....


SO KESIMPULANNYA KAT SINI...

1. SIAPA YANG DAPAT UNDIAN TERTINGGI TAK SEMESTINYA AKAN DIPILIH MENJADI YDP ATAU MT...

2. MENGUNDI BERDASARKAN SENTIMEN CUKUP KUAT..... PELAJAR PERLU UBAH SUPAYA UTeM MEMPUNYAI BARISAN KEPIMPINAN YANG HEBAT DAN MANTAP.....


NWAY TAHNIAH KEPADA YANG MENANG.....INGAT! TAK SEMESTNYA ANDA MENANG, ANDA LEBIH BAGUS DARI YANG KALAH.. MUNGKIN ANDA MENANG KERANA TREND MENGUNDI DIATAS.... SO BUKTIKAN ANDA SEMEMANGNYA BAGUS.....


KEPADA YANG KALAH, JANGAN PUTUS ASA..TIDAK BERMAKNA ANDA KALAH, ANDA TIDAK BAGUS..... ANDA MASIH BOLEH BUKTIKAN KEHEBATAN ANDA MELALUI PLATFORM LAIN... ADA LEBIH 30 PERSATUAN DI UTeM.. JUMPALAH EN FAIZAL, MINTAK NGAN DIA UNTUK LEAD SATU PERSATUAN.....COZ BANYAK PERSATUAN YANG ADA PADA NAMA... TAPI ORANG TAKDER.... SO HIDUPKAN DAN BUKTIKAN ANDA BOLEH JADI LEBIH BAIK DARI MPP.... BUKTIKAN, SAYA TELAH BUKTIKAN KETIKA SAYA MENJADI EXCO KEROHANIAN DI BACHANG PADA TAHUN 2004... PADA KETIKA ITU, EXCO KEROHANIAN KOLEJ.... LEBIH DIKENALI DAN LEBIH AKTIF DARI JAKSIS.....

SO ANDA JUGA BOLEH BUKTIKAN KEMAMPUAN ANDA..... INGATLAH PERJUANGAN TIDAK BERMUSIM.... SEORANG PEJUANG TIDAK HARUS MENGAKU KALAH, MALAH WAJIB TERUSKAN LANGKAH.... SELAMAT...

TERAKHIRNYA... KEPADA MPP YANG BARU.... SEBAGAI ORANG LAMA SAYA INGIN NASIHAT KEPADA KAMU SUPAYA PERBANYAKKAN MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN PELAJAR DARIPADA MELAKUKAN PROGRAM... ITULAH YANG UTAMA...ATAU YANG WAJIB..... PROGRAM ATAU AKTIVITI ADALAH SAMPINGAN ATAU SUNAT SAHAJA.... JANGAN RASA RENDAH DIRI BILER ORANG KATER MPP TAK BANYAK WAT PROGRAM... TETAPI BERBANGGALAH BILER MPP SUDAH PERJUANGKAN BANYAK ISU KEBAJIKAN PELAJAR.....

JANGAN HILANG FOKUS DISEBABKAN TERLAMPAU BANYAK AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN.... JADIKANLAH MATLAMAT PENUBUHAN MPP DALAM PERLEMBANGAAN KEPADA KAMU SBG PANDUAN....SEMUANYA BERKISARKAN KEBAJIKAN, BUKANNYA AKTIVITI...SO KEBAJIKAN ADALAH MATLAMAT UTAMA KAMU....

PANGGILLAH MANTAN, YANG SUDAH LAMA BERJUANG DALAM MPP... MINTAKLAH NASIHAT DARI MEREKA... MEREKA SUDAH PASTI TAHU SELOK BELOK DALAM MPP..... ADAKAN MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MANTAN...THEN ADAKAN DIALOG MENGENAI HALATUJU MPP....
SEBELUM KAMU BERGERAK...KAMU MESTI TAHU KEMANA ARAH KAMU.... JANGAN SAMPAI SUDAH JALAN, TAPI TERPAKSA PATAH KEMBALI.... MERUGIKAN MASA....DAN TENAGA...


THATS ALL...

SALAM PERJUANGAN....

RAJA NOR AZRIN RAJA YUNUS
YDP MPP 2005/2006

Friday, October 17, 2008

Keluasan Menerima Pendapat, Keperluan Muslim Moden

Oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis

DAHULU atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen.

Sikap seperti itu dinamakan fanatik atau taksub.

Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak lain memberi hujah dan dalil yang kukuh. Sesuatu pendapat sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta.

Fanatik berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu sehingga membawa permusuhan sesama Islam. Dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidilharam, umat Islam bersolat dengan empat imam yang mewakili mazhab masing-masing. Makmum memilih imam yang sesuai. Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Bayangkan jika hal tersebut berterusan sehingga hari ini.

Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, baginda meninggalkan ramai sahabat yang merupakan ilmuwan besar. Namun, tiada di kalangan sahabat menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain.

Perkara yang seperti itu tidak pernah didakwa oleh Khalifah yang empat, atau ‘Abd Allah bin Masud, ‘Abd Allah bin ‘Umar, atau ‘Abd Allah bin ‘Abbas atau selain mereka. Padahal mereka lebih memahami syariat Rasulullah.

Malangnya, apabila muncul imam-imam mazhab seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafie (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain- lain tokoh, tiba-tiba ada di kalangan pengikut mereka yang taksub mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambilnya dari imam lain.

Ini seperti pengikut fanatik mazhab Hanafi yang membantah orang Pakistan mengambil pendapat selain dari mazhab Hanafi. Atau pengikut fanatik mazhab Malik membantah Morocco mengambil pendapat selain dari mazhab Malik. Atau pengikut fanatik mazhab al-Syafii membantah orang Malaysia mengambil selain dari mazhab al- Syafii.

Kontradiknya, kita mengakui mereka adalah tokoh-tokoh sarjana Ahli Sunah, tetapi kita menolak keilmuan mereka hanya kerana daerah yang kita duduki. Padahal, para imam itu tidak pernah mengajar demikian dan negara-negara yang wujud ini belum terbentuk pada zaman mereka.

Tokoh terkenal, Dr. Abd al-Karim Zaidan berkata: “Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab Islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab. Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini?” (Dr. Abd al-Karim Zaidan, Al-Sunan al-Ilahiyyah, m.s. 147, Beirut: Muassasah al-Risalah 2002).

Perbuatan

Dalam dunia akademik tulen, perbuatan seperti itu dianggap menyanggahi norma-norma keilmuan yang menuntut keluasan minda dan penelitian fakta. Alangkah ruginya sikap sedemikian, yang bererti kita menghalang perkembangan pengetahuan dan kesarjanaan hanya kerana perbezaan nama tokoh dan daerah kita tinggal. Padahal kita berkempen agar mengambil manfaat dari dunia lain.

Kita pernah berkempen “Dasar Pandang ke Timur”, sekalipun mereka bukan Muslim. Kita mengambil ilmu dan menggerakkan negara dari ilmu Barat atau Timur yang membolehkan kita maju ke hadapan, tanpa mengira latar agama. Tiba-tiba ada pula yang menyatakan; anda tidak boleh mengambil pendapat al-Imam Ahmad, atau al-Imam Malik, al-Imam Al-Auza’i, al-Imam Ibn Hazim al-Andalusi, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah, atau tokoh moden seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Mustafa al- Zarqa, al-Albani, al-Uthaimin atau selain mereka kerana bukan mazhab al-Syafii.

Padahal dunia ilmuwan akur kesarjanaan mereka. Jika kita menolak pendapat mereka hanya kerana nama, maka itu sentimen puak atau kejumudan minda bahkan itu adalah pengkhianatan ilmiah juga penghapusan khazanah ilmu.

Dr. Yusuf al-Qaradawi dengan jelas dalam masalah ini menyebut: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah s.w.t. Seakan-akan menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka.

“Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabat dan mereka yang selepas sahabat sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bin al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah)

Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai pihak lain. Maka kita berhak mengambil pandangan lain yang pada nilaian kita lebih dekat kepada fakta dan mampu menterjemahkan wajah Islam. Umpamanya, pendapat mazhab al-Syafii, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina? (lihat: Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah 1987).

Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafii dikekalkan yang mensyaratkan urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada. Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang Muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan bukan Muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan sebagainya.

Bahkan pandangan-pandangan agama yang menyusahkan tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunah patut dielakkan terutama untuk generasi moden yang mula fobia dengan agama. Apatah lagi yang baru menganut Islam. Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut: “Perkara yang penting untuk anda mengetahuinya bahawa hukum orang awam mengikut salah seorang imam-imam mazhab ialah harus dengan syarat-syaratnya. Ia bukan sesuatu yang wajib seperti dikatakan oleh golongan mutakhir. Ini kerana tiada kewajipan kecuali apa yang diwajibkan oleh al-Kitab dan al- Sunah. Kedua-duanya tidak mewajibkan seseorang terikat dengan mazhab. Maka tidak menjadi halangan untuk seseorang Muslim bebas dari terikat dengan mana- mana mazhab. Dia boleh bertanya berkaitan agamanya kepada sesiapa di kalangan ulama. Tanpa perlu terikat dengan seseorang ilmuwan sahaja.

“Inilah jalan para sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan cara yang baik pada zaman sebaik-baik kurun. Allah telah selamatkan mereka dari taklid yang dicerca ini. Sebaik-baik manusia untuk bebas dari terikat dengan mazhab ialah sesiapa yang baru menganut Islam. Maka tiada kepentingan mewajibkannya apa yang tidak diwajibkan Allah. Dia boleh bertanya sesiapa sahaja dari kalangan ulama yang dia mahu. Wajib ditulis untuk mereka buku-buku fikah yang memudahkan tanpa terikat dengan mazhab tertentu.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, Kaif Nata’amal Ma’ al-Turath, m.s. 83-84, Kaherah: Maktab Wahbah 2001).

Ulama

Tokoh fikah, Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyebut: “Kata majoriti ulama: Tidak wajib bertaklid kepada imam tertentu dalam semua masalah atau kejadian yang berlaku. Bahkan harus untuk seseorang bertaklid kepada mana-mana mujtahid yang dia mahu. Jika dia beriltizam dengan mazhab tertentu, seperti mazhab Abu Hanifah, atau al-Syafii atau selainnya, maka tidak wajib dia berterusan. Bahkan boleh untuk dia berpindah-pindah mazhab. Ini kerana tiada yang wajib melainkan apa yang diwajibkan Allah dan Rasul-Nya.

“Allah dan Rasul-Nya tidak pula mewajibkan seseorang bermazhab dengan mazhab imam tertentu. Hanya yang Allah wajibkan ialah mengikut ulama, tanpa dihadkan tokoh tertentu, dan bukan yang lain. Firman Allah: (maksudnya): Maka bertanyalah kamu kepada ahli ilmuwan jika kamu tidak mengetahui. Ini kerana mereka yang bertanya fatwa pada zaman sahabat dan tabien tidak terikat dengan mazhab tertentu. Bahkan mereka bertanyakan sesiapa sahaja yang mampu tanpa terikat dengan hanya seorang sahaja. Maka ini adalah ijmak (kesepakatan) dari mereka bahawa tidak wajib mengikut hanya seseorang imam atau mazhab tertentu dalam semua masalah. Kemudian, pendapat yang mewajibkan beriltizam dengan mazhab tertentu membawa kepada kesusahan dan kesempitan, sedangkan mazhab adalah nikmat, kelebihan dan rahmat.

“Inilah pendapat yang paling kukuh di sisi ulama Usul al-Fiqh… Maka jelas dari pendapat ini, bahawa yang paling sahih dan rajih di sisi ulama Usul al-Fiqh adalah tidak wajib beriltizam dengan mazhab tertentu. Harus menyanggahi imam mazhab yang dipegang dan mengambil pendapat imam yang lain. Ini kerana beriltizam dengan mazhab bukan suatu kewajipan – seperti yang dijelaskan. Berdasarkan ini, maka pada asasnya tidak menjadi halangan sama sekali pada zaman ini untuk memilih hukum yang telah ditetapkan oleh mazhab- mazhab yang berbeza tanpa terikat dengan keseluruhan mazhab atau pendetilannya.”
(Al-Zuhaili, Dr. Wahbah, al-Rukhas al- Syar’iyyah, m.s. 17-19, Beirut: Dar al-Khair 1993).

Sebelum ini tulisan-tulisan saya telah menjelaskan, betapa keterikatan atau sempit dengan satu-satu pendapat tanpa melihat kepada dalil dan logik akan menjadikan kita tidak ilmiah bahkan boleh menyanggahi sifat Islam yang suka kemudahan untuk umatnya. Umpamanya, ada yang bimbang makan dari bekas hidangan bukan Muslim, kalau-kalau pernah terkena khinzir dan belum dibasuh tujuh kali serta air tanah.

Saya katakan, pertama; kita tidak patut mengandaikan perkara yang tidak nampak. Kedua; pendapat yang mewajibkan membasuh kesan khinzir dengan air tanah hanya pendapat mazhab sedangkan majoriti ulama berpendapat memadai dibasuh dengan air tanpa memerlukan tanah. Tidak ada dalil yang menyatakan khinzir wajib dibasuh tujuh kali termasuk air tanah. Pendapat ini disokong tokoh besar mazhab al-Syafii sendiri – walaupun berbeza dengan mazhabnya - iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) yang banyak mensyarahkan mazhab tersebut dan diterima pakai banyak karyanya di Nusantara ini.

Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafii (meninggal 780H): “Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam mazhab al-Syafii. Kata al-Nawawi: Yang lebih tepat dari segi dalil memadai membasuh kesan khinzir sebanyak sekali tanpa tanah. Inilah pendapat kebanyakan ulama dan inilah pendapat yang diterima pakai. Ini kerana asal sesuatu perkara tidak wajib melainkan adanya dalil syarak.” (Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al-Syafii, Rahmah al-Ummah fi Ikhtilaf al- Aimmah, m.s 9, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah 2003).

Bagi saya pendapat majoriti ulama ini di samping lebih kuat, ia juga memudahkan kita berurusan dalam hidup terutama bagi yang makan di hotel, kapal terbang, bertandang ke rumah jiran atau kenalan bukan Muslim. Namun yang menfatwakan supaya diminum air tanah bagi sesiapa yang telah termakan sosej khinzir beberapa tahun lepas, tidak ada akal yang sejahtera yang dapat menyokong hal itu. Apatah lagi dalil syarak. Sepatutnya, kenyataan seperti itu jangan disiarkan dalam media. Hanya memalukan umat Islam.

Tiada seorang sahabat pun yang masuk Islam, baginda Nabi memerintah dia meminum air tanah. Bersikap terbukalah kita dengan mendengar dalil orang lain. Islam dengan tafsiran yang sempit sukar untuk dipasarkan kepada umat moden.

sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Thursday, October 16, 2008

KOMEN DAN ULASAN TERHADAP TULISAN SOONG

Ape pon terima kasih kepada soong diatas teguran....

tahukah anda kenapa kiter sewa kampus bandar????

sebab kiter dipaksa oleh Ali rustam untuk sewa..... panjang ceritanya.....sampai our former NC kene maki hamun depan orang ramai....dimalukan..... inilah namanya politik kotor....biler politik dah mengusai uni....gelapla masa depan....seme pikir duit jerk......yang kenyang orang politik...yang kempunan..student...

so masalah berbangkit disini adalah... campurtangan poltik dalam pentadbiran uni...kalo betullah nak wat demo....buatlah demo membantah campurtangan ali rustam dalam penyewaan kampus bandar...biar ali rustam sedar sikit...

aku rasa, kalo kiter tak sewa kampus bandar...sudah tentu NC, ahmad yusof dah pindahkan seme ke kampus tetap..... tapi nak wat macam mana....terpaksa sewa... ini adalah sebagian daripada "JASA" our former NC ... takkan nak biar kampus bandar kosong.... sewa tetap kene bayar.... kan kalo tak guna, membazir... so pertimbangan yang terbaik ialah gunakanlah.... tak gitu soong????

kalo tak pindahkan FTMK.... fakulti mana lagi yang harus dipindahkan???? FKE??? fkm??? fkp??? fkekk???

untuk makluman... dalam banyak fakulti... hanya ftmk bukan engin... yang lain seme engin... bukan nak anak tirikan...tapi memikirkan soal relation... sebenarnya fkp dan fkm adalah satu fakulti di uni lain, tapi di utem dipecah dua... begitu juga dengan fke dan fkekk....

begitulah ceritanya... aku sedia untuk berjumpa dengan mana2 dan sesiapa sahaja untuk menjelaskan pendirian aku berkenaan dengan isu ini....termasuk dengan soong....

lastly, sekiranya "situasi yang sama" berlaku kepada soong, apakah pendirian soong selaku NC kepada isu ini?
apakah soong akan membiarkan kampus bandar kosong????
apakah soong akan menghantar fakluti lain selain ftmk???
atau apakah soong akan hantar bahagian atau jabatan lain???
erm fikir2 kan lah...


............................................................
RUANGAN KOMEN DAN ULASAN
............................................................ .....

Dan lagi satu ketika LI aku, semua kos LI adalah tanggungan sendiri dan aku pun tidak merungut pun. Kalau nak salahkan jangan salahkan pelajar bising(Pro-mahasiswa) sebab ini semua berpunca daripada pentadbiran sendiri. Tahu tak sebab dahulu FKEKK dapat elaun LI dahulu, sebab dekan FKEKK pandai-pandai tanpa melalui pentadbiran pusat UTeM terus menghantar permohonan elaun ke KPT dan KPT ingat elaun tersebut adalah permohonan untuk semua fakulti lain tetapi last-last "duit" tersebut direct sampai ke fakulti FKEKK padahal duit tersebut adalah untuk milik semua fakulti. Nak salahkan pelajar bising ke (Pro-pentadbiran) ataupun salahkan pentadbiran UTeM (Pro-mahasiswa) yang tidak stabil (duit yang selebihnya tu siapa yang dapat masuk kocek selepas pembahagian kepada pelajar FKEKK, korang pikir-pikirkan sendiri).


JANGAN LA BUAT TUDUHAN MELULU…. YANG KO DOK LIBATKAN ORANG LAIN TU APE PASAL???? APESAL FKEKK PULAK YANG JADI MANGSA?// SEPATUTNYA KO KENE LA UCAP TAHNIAH KEPADA DEKAN FKEKK SEBAB HANYA DIA JERK YANG CEPAT DAN TANGKAS….MEMPERJUANGKAN HAK PELAJAR….. LAIN KALI CEK DULU APA SEBENARNYA YANG BERLAKU… JANGAN SUKA2 BUAT KESIMPULAN DAN BUAT TUDUHAN MELULU….
KANG NANTI KENE SAMAN, KANG SUSAH TU….SO BE CAREFUL..



P/S saudara el-halis tidak perlulah menggelarkan aku sebagai Datuk Seri sebab kelak aku jadi tenaga pengajar nanti AKU TETAP dengan prinsip tidak mencampuradukkan POLITIK dengan PENDIDIKAN. Lagipun misi aku supaya mendapat Professor Dr. kelak nanti dan BUKANNYA Prof. Datuk Seri Dr., harap maklum el-halis. Pantang aku mencampurkan kemajuan pendidikan dengan isu politik.


BAGUS2,….. SATU PENDIRIAN YANG AMAT BAGUS… TETAPI KENE INGAT… KALO TAKDER ORANG POLITIK YANG MERANCANG DAN MEMBUAT POLISI, MAKA TAKDERLAH UNI.... JANGAN PANDANG POLITIK SEME KOTOR…. YANG KOTOR NYE APABILA PARTI PEMERINTAH CAMPURTANGAN DALAM AGENSI ATAU JABATAN KERAJAAN….. SO THINK DEEPLY B4 MAKE ANY STATEMENT…




p/s yang nih statemnet bukan ku yang buat cuma copy and paste suara hati pelajar FTMK dari group, dan aku juga tidak bersetuju pemecatan bekas dekan FKE, sekurang-kurangnya aku "sekiranya selaku MPP" mendengar semua rintihan pelajar UTeM dengan memperjuangkan HAK-HAK pelajar UTeM(SEMUA FAKULTI) walaupun dari fakulti lain dan bukannya perjuangan engineering yang diwarwarkan oleh saudara Raja Norazrin sahaja.

ISU PEMECATAN DEKAN FKE....SATU LAGI TUDUHAN MELULU….APELA, DAH LA BUAT TUDUHAN MELULU…. JANGAN TERLALU CEPAT BUAT KESIMPULAN… DAPATKAN MAKLUMAT, BUATLAH STATEMENT BERDASARKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DAN SAHIH…TAKKAN LA NC BUAT SESUKA HATI DIA, MESTI DIA DAH FIKIR BAIK BURUKNYA......


Kalau ya pun statement tidak logik begitu kalau boleh aku boleh "just stay" duduk diam jer TANPA membuat apa-apa dengan tidak "copy and paste statement pelajar asal" rintihan pelajar UTeM, tetapi sebagai abang senior aku tidak boleh membiarkan begitu sahaja dan tetap membuat sesuatu untuk memperjuangkan hak-hak dan kebaikan SEMUA PELAJAR UTeM (semua fakulti)..

BAGUS, TERKADANG KITER PERLU BERFIKIR SAMADA TINDAKAN YANG KITE LAKUKAN AKAN MEMBERIKAN KESAN YANG POSITIF ATAU NEGATIF….THINK DEEPLY…TQ



.....kalau bukan student FTMK tentulah tidak paham perasaan student FTMK dicampak ke bandar.... kata sementara waktu... takrifan sementara waktu tu boleh mencecah 8 ke 10 tahun mungkin 15-20 tahun kut jikalau terdapat kekangan ekonomi dan juga dua lagi fakulti lain dibuat.........kenapa Raja Norazrin tidak memandang dari sudut kolektif lebih bernas, sudah ternilai jika FTMK pon turut dipindahkan ke kampus tetap dan berkongsi bersama bangunan FTMK di durian tunggal(bangunan FTMK sangat besar) lagi "BERJIMAT" sebab tak payah hendak menyewa mana-mana bangunan pun. Tambahan pula, ini juga mengeratkan integriti antara semua fakulti jika semua berpindah secara tetap ke durian tunggal.

SAYA AMAT SETUJU KALO SEME FAKULTI DIPINDAHKAN KE KAMPUS TETAP, …LAGI LA JIMAT, TAK YAH NAK SEWA2 MANA LAGI……. TETAPI APA AKAN JADI DENGAN KAMPUS BANDAR YANG SUDAH KITER SEWA… TAKKAN NAK BIARKAN KOSONG????? SEWA TETAP KENE BAYAR….. KALO TAK SEWA, ALI RUSTAM MENGAMUK………. KALO NAK DEMO NAK LAWAN ALI RUSTAM AKU SETUJU…. BILER2 MASE JERK AKU ON….



Lain kali jangan salahkan pelajar FTMK tidak menyertai mana-mana aktiviti sebab tercampak jauh ke bandar. SEKARANG PULA MASIH PERLU MENYEWA BANGUNAN BANGUNAN DI BANDAR DIIBARATKAN SAMA JUGA MASIH MENYEWA BANGUNAN DI CUBIC, "DUA KALI LIMA SEPULUH". cuba anda pikirkan jikalau masih menyewa bangunan lain walaupun murah, dalam jangka masa 10 tahun RM ***,***.** X 10 tahun = juga membazir duit universiti. jikalau tidak perlu menyewa mana-mana bangunan dan semua berpindah ke durian tunggal dan berkongsi bangunan FTMK sewanya RM 0.00 X 10 tahun = jimat duit sebab perlu membayar RM 0.00 sewa sahaja. LEBIH BAIK GUNAKAN DUIT SEWA TEW SIAPKAN KAMPUS SEMUA PUN BOLEH MERASA SUASANA KAMPUS BANDAR. Sama juga kalau fakulti lain turut dipaksa menemani FTMK di bandar tentu pelajar lain tentu akan berasa marah dan tidak bersetuju kerana dipinggirkan, ini bukannya dilabelkan pengorbanan seperti diwarwarkan oleh raja norazrin. Saya sudah menilai dari sudut pandangan yang lebih bernas dan memperjuangkan hak-hak SEMUA pelajar dari fakulti lain supaya SEMUA FAKULTI dapat berpindah ke kampus tetap (berkongsi bangunan FTMK di durian tunggal).

KENAPA PULAK SAMA???
ERM… MESTILAH TAK SAMA… BEZANYA DULU KITER SEWA 2 TEMPAT, SEKANG KITER SEWA 1 TEMPAT, MAKNANYA KITER DAH KURANGKAN SATU SEWA….CUMER SEWA KAMPUS BANDAR….TU PUN SEBAB TERPKSA….ATAS DESAKAN ALI KETAMMMMMMMMMMMMM!!!!!

AKU PUNYER PANDANGAN , SAPER2 JERK NAIK JADI NC, DIA TETAP KENE SEWA KAMPUS BANDAR SELAGI ALI RUSTAM JADI CM….. MELAINKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DAH AMBIK LAIH ATAU ALI RUSTAM DAN TAK JADI CM…..
SO DALAM KONTEKS NI…. NC AHMAD YUSOF TERPAKSA…!!!! INI BUKAN HASIL KERJA TANGAN BELIAU, TAPI OUR FORMER NC…..ATS DESAKAN ALI KETAM…!!!!!!!

SETIAP NC YANG JUJUR DAN BAGUS, PASTI AKAN BUAT YANG TERBAIK UNTUK UNI NYER….


Dengan ini, kalau situasi ini terjadi semua berpindah ke durian tunggal maka semua PELAJAR DAN PENSYARAH pun berpuas hati dan "win-win situation" diwujudkan. Saya berharap Raja Norazrin dapat menilai sudut ini LEBIH KOLEKTIF lebih mementingkan SEMUA PELAJAR UTeM bukanya perjuangan segelintir terpinggir "PRO-PENTADBIRAN UNIVRSITI aka PRO-KERAJAAN" tetapi semua kebajikan dijaga "PRO-MAHASISWA" yang diwawarkan saudara raja norazrin sendiri.

SATU TUDUHAN MELULU….. KENAPA PULAK SAYA PERLU MEMPERJUANGKAN SEGELINTIR PRO-PENTADBIRAN??? UNTUK APA???? SAYA BUKAN PEGAWAI UNTUK MENGAMPU UNTUK NAIK PANGKAT… MALAH SAYA SENTIASA KOMITED BERJUANG UNTUK KEBAJIKAN PELAJAR…




Keburukan dipindahkan ke bandar....

1. Urusan menjadi sukar kerana pentadbiran perlu dibahagikan dua bahagian. KOS LAGI MENINGKAT.

2. Bas perlu berulang alik lagik jauh ke bandar dan meningkatkan perkhidmatan. MEMBAZIR PETROL DAN KOS MENINGKAT.

3.Pelajar FTMK terutamanya ramai pelajar perempuan FTMK keselamatan kurang terjamin di bandar{banyak pekerja asing di sana}. MENINGKATKAN SEKURITI DI BANDAR, KOS MENINGKAT.

4. Terpaksa membeli barangan baru dan mengubah suai bangunan kerajaan di bandar. KOS MENINGKAT MEMBUAT NETWORK, MEMBELI PC, RENOVASI.......KOS MENINGKAT LAGI

5. Aktiviti sukar dilakukan kerana student di bandar. MENINGKATKAN KOS MENAMPALKAN POSTER, PROMOSI DAN LAGI DI BANDAR DAN KAMPUS TETAP (kedua-dua bahagian pun kena buat).



Kebaikan jika kesemua fakulti dipindahkan ke kampus tetap (berkongsi bangunan FTMK)........

1. Kos dijimatkan kerana tidak PERLU MENYEWA MANA MANA BANGUNAN.

2. Pentadbiran mudah dilaksanakan kerana berpusat.

3. Pelajar keselamatan lebih terjamin terutamanya majoriti pelajar perempuan FTMK sebab tertumpu dalam kampus.

4. Kemudahan menjadi lebih seragam misalnya Cyber Cafe dan perpustakaan tidak perlu mengasingkan "resource yang sedia ada"

5. Pelajar tahun akhir pun tidak perlu pening kepala terpaksa menyewa rumah di bandar sendiri dan boleh berkongsi sewa rumah dengan budak fakulti lain.

6. Semua pelajar fakulti berlainan UTeM kebajikan terjaga sebab hak-hak adalah sama rata dan semua warga UTeM dapat mengecap nikmat bersama kemudahan di durian tunggal terlaksana walaupun berkongsi dengan bangunan FTMK.


SEME KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ADALAH BERKISAR TENTANG FTMK….
CAKAP DAH FIKIR KEPENTNGAN SECARA KOLEKTIF… TAPI KENAPA FIKIR SOAL KEBURUKAN DAN KEBAIKAN DARI SUDUT FTMK JERK??? KENAPA TAK FIKIR SECARA KESELURUHAN???


" BERSAMA MENERAJUI PERUBAHAN MINDA"

SALAM PERJUANGAN

Wednesday, October 15, 2008

BETUL KER FTMK PINDAH CITY KAMPUS????

UNTUK MAKLUMAN PERKARA NI MASIH DALAM PERANCANGAN... SEWAKTU MPP MENGADAKAN MESYUARAT DENGAN NC, NC ADA MAKLUM KAN PERANCANGAN BELIAU UNTUK MEMBUAT PEMUSATAN PELAJAR..CADANGAN BELIAU ADALAH SEME PELAJAR FAKULTI KEJEURUTERAAN AKAN PINDAH KE KAMPUS INDUK MANAKALA FTMK KE KAMPUS BANDAR BUAT SEMENTARA WAKTU SEHINGGA BANGUNAN FAKLUTI FKM DAN FKP SIAP DIBINA...BAGI AKU, TUJUANNYA UNTUK MENGATASI BEBERAPA MASALAH LAIN YANG BERBANGKIT...

1. ANTARANYA MASALAH MASALAH PENGANGKUTAN.... SEKIRANYA PEMUSATAN PELAJAR DAPAT DILAKSANAKAN, SISTEM BAS SATU LALUAN AKAN DIWUJUDKAN....DIHARAPKAN KEKERAPAN BAS DAPAT DITINGKATKAN....SO HARAP2 MASALAH BAS DAPAT DISELESAIKAN...

2. UNIVERSITI MEMBELANJAKAN KOS YANG SANGAT MAHAL....UNTUK MEBAYAR SEWA BANGUNAN DI CUBIC... JUMLAHNYA HAMPIR RM2 JUTA/SEBULAN...BERMAKNA UNI TERPKASA BAYAR RM 24JUTA SETAHUN....BERMULA TAHUN 2005 LAGI...CUBER BAYANGKAN BERAPA JUMLAH DUIT UNI DIGUNAKAN UNTUK MENGAYAKAN CUBIC (SYARIKAT MILIK SINGAPORE).....INI BERMAKNA LEPAS NI CUBIC AKAN DIKOSONGKAN....!!!!!!!!

3. BANGUNAN YANG WAJIB DISEWAKAN DI KAMPUS BANDAR ADALAH ATAS DESAKAN ALI RUSTAM.....KITER DIPAKSA SEWA...AKU TAHU CERITA NI....SAMPAI OUR FORMER NC DIMALUKAN, DI MAKI HAMUN SEBAB TAK NAK SEWA BANGUNAN WISMA NEGERI KERANA KOS YANG TINGGI... TAPI SEBAB DIPAKSA...TERPAKSA LA TUNDUK KEPADA ALI KETAMMMMMM..... SEKANG KAMPUS BANDAR DAH JADI MACAM PROJEK GAJAH PUTIH...BANGUNAN YANG DISEWA TIDAK FULLY UTILIZE.... SO OUR NC NAK CUBER FULLY UTILIZE KAMPUS BANDAR SEBAB TAKNAK BIAR KOSONG JERK....ATLEAST TAK BUANG DUIT...SO SEBAB NAK PUSAT BUDAK2 ENGIN....DI KAMPUS TETAP, BUDAK2 FTMK AKAN DIPINDAHKAN KE KAMPUS BANDAR....

ITULAH SERBA SEDIKIT CERITANYA....

DIHARAPKAN PELAJAR FTMK DAPAT BERTOLAK ANSUR....DAN DAPAT MEMBERIKAN LALUAN KEPADA PELAJAR ENGIN... SUPAYA KITA DAPAT FULLY UTILIZE DAN JIMATKAN PERBELANJAAN UNI...

BUKAN SOAL NAK MENAFIKAN HAK FTMK, TETAPI UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.... JANGA PENTINGKAN DIRI SEHINGGA KITER MELUPAKAN KEPENTINGAN SECARA KOLEKTIF... JANGAN MELIHAT PERKARA INI KHUSUS UNTUK FTMK SAHAJA, MALAH LIHAT SECARA MENYELURUH... INSYAALLAH, SEMOGA ADA HIKMAHNYA......


BERSAMA MENERAJUI PERUBAHAN MINDA...



SALAM PERJUANGAN

Tuesday, September 23, 2008

PUSAT SUKAN UTeM MENGELIRUKAN

Aku sedikit hairan dengan beberapa perkara yang berlaku dekat UTeM, antaranya adalah kewujudan Pusat Sukan UTeM, aku tak faham apakah maksud penubuhan Pusat Sukan UTeM?

Aku dikejutkan dengan rungutan dan laporan daripada pelajar bahawa mereka sukar untuk menggunakan fasilitis yang ada dekat kompleks sukan...ini menghairankan aku, kenapa perkara sedemikian boleh berlaku sedangkan setahu aku, penubuhan UTeM itu sendiri adalah untuk pembangunan pelajar baik dari segi akademik mahupun non akademik..Justeru sewajibnya, segala fasilitis yang ada di UTeM adalah untuk pelajar....

Aku hairan bin ajaib apabila mendengar rungutan ini, bahkan ada yang memberitahu aku bahawa sekiranya staff nak pakai, senang pulak, persoalan yang timbul adalah, adakah Kompleks Sukan UTeM dibina untuk staff atau untuk orang luar????

Bukan kah kompleks sukan adalah Hak Milik pelajar UTeM?

baru2 ini, aku berkesempatan berjumpa dengan Naib Canselor Baru UTeM, Prof Ahmad Yusof,
untuk membincangkan beberapa perkara tentang kebajikan pelajar, antara yang dibincangkan adalah berkaitan kecelaruan ini... alhamdulillah, ini adalah kali pertama aku sempat berjumpa dan berkenalan dengan Naib canselor Baru UTeM, pada pendapat aku Prof Ahmad Yusof seorang yang amat profesional, nampak ketokohannya, aku cukup kagum dari segi PR nya, memang dia sangat friendly dan sangat peka terhadap masalah pelajar. Aku yakin beliau mampu untuk membawa UTeM jauh kedepan setanding dengan uni yang terkenal baik dalam negara mahupun luar negara.

berbalik kepada isu pembangunan sukan pelajar, aku sempat memberikan pandangan dan beberapa cadangan demi kebaikan pelajar. antaranya adalah :-

1. Mencadangkan supaya Pusat Sukan Diletakkan dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar
.>>> hal ini disebabkan berlaku banyak masalah antaranya masalah birokrasi yang membelenggu atlet utem... aku melihat kewujudan pusat sukan sebenarnya tidak membantu pembangunan sukan pelajar, aku sememangnya kurang jelas dengan kewujudan pusat sukan dibawah cansselori, bukan nak salahkan pentadbiran yang lepas, tetapi hakikatnya kewujudan pusat sukan tidak membantu membangunkan sukan pelajar.
pada perjumpaan tersebut aku jugak sempat menanyakan NC tentang apakah matlamat sebenar penubuhan Pusat Sukan UteM, sedangkan ada satu jabatan sukan hepa yang di pertanggungjawabkan untuk membangunkan sukan pelajar.???

antara masalah lain yang timbul hilang fokus terhadap pembangunan sukan pelajar, maklumat ini aku dapat dari rungutan pelajar, kalo dilihat kepada pencapaian sukan pelajar sejak kewujudan pusat sukan, isu ini ada asasnya... saya persilakan tuan2 untuk membuat semakan.

satu lagi masalah yang timbul apabila wujudnya 2 entiti yang berbeza tujuan dan matlamatnya
(NOTE: Jabatan sukan hepa untuk pelajar manakala pusat sukan pula untuk staff dan orang luar) adalah dari segi peruntukan, aku ada maklumat hitam putih berkenaan isu ini, isunya ialah berlakunya penyelwengan atau penyalahgunaan peruntukan. baru2 ini pusat sukan ada menganjurkan kejohanan Sukan MALINDO, dan ada bukti bahawa pusat sukan telah menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh KPT untuk pembangunan sukan pelajar UTeM, sedangkan MALIndo langsung tidak melibatkan pelajar UTeM dan jelas tidak memberikan faedah kepada pembangunan sukan pelajar. Jumlah yang digunakan bukan sedikit, agak banyak, rm 200 ribu. isu ini telah aku bawakan kepada Naib Canselor, dan alhamdulillah beliau akan melihat perkara ini dan menyemak semula dengan bendahari.

2. insentif yang setimpal dengan pencapaian atlet.

kite sedia maklum bahawa atlet utem telah banyak menyumbang dan mengharumkan nama utem, bukan sahaja diperingkat nasional bahkan diperingkat antarabangsa. namun, sumbangan uni terhadap mereka sebagai menghargai pengorbanan mereka kurang memuaskan. justeru, isu ini dibangkitkan untuk mendapat pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak UTeM.

pihak NC akan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung isu ini.


Sebenarnya banyak lagi isu yang inginkan aku bangkitkan, tetapi cukup sekadar itu buat masa ini, aku akan kembali dengan membangkitkan beberapa isu lain demi untuk kepentingan pelajar.

Blog ini bukanlah bertujuan untuk menghentam sesiapa, cumer sekadar untuk berkongsi pandangan dan pendapat, mudahan2 pembaca sekalian boleh memberikan pandangan tuan2 supaya UTeM terus gemilang.....

BERSAMA KITA BERJUANG UNTUK UTeM!!!


RAJA NOR AZRIN RAJA YUNUS
Mantan YDP MPP 2005/2006