Friday, July 23, 2010

Salam Johor Bharu.....Bandaraya Lahirnya Tokoh Negarawan

Alhamdulillah... setelah sekian lama hidup, semalam (23 Julai 2010) barulah dapat menapak di bumi JB buat kali 4( kali pertama ketika lawatan ke penjara simpang renggam, kedua lawatan MPP utem ke UTM dan ke 3 adalah pgram keusahawanan UTeM KAKS di hotel goodhoope) .... Syukur kerana selamat sampai dan insyaAllah, ana mendoakan agar selamat pulang ke Melaka bagi mengikuti program 7Habits bersama ustaz Hasrizal jamil...

Sekitar Perjalanan 23 JUlai 2010
Bertolak jam 3.00 petang (23 julai)dan sampai di skudai jam 5.00 petang.... Alhamdulillah perjalanan semalam tiada masalah besar kecuali sedikit ketakutan sebab minyak dan berkelip.... Terpaksa exit sedenak dan cari petrol pum.. akhirnya berjaya jumpa gak di satu tempat dekat kulai, kelapa sawit(nama tempat)... sungguh aneh bumi johor ini...(",)

Jam 5.15 pm, singgah di UTM skudai, take off my CLose Fren, Al Amin sultan( Manusia Hebat Yang PErnah ana kenali),(sambil2 hantar barang2 yang dikirim )..ana ajak akh amin ke rumah sahabat baik ana di pasir gudang... seterusnya meneruskan perjalannan ke PErling, tak jauh dari skudai.... hantar kakak Fadilah.... setibanya di sana kami disambut dengan layanan mesra... bukan setakat itu, kami dihidangkan dengan "dinner" huhuhu...terima kasih kak fadilah atas layanan mesra dan masakan yang sedap.... (insyaAllah, lepas ni boleh datang lagi...)

Jam 7.30 sampai di pasir gudang.... beramah mesra dengan keluarga angkat... sudah lama tak bersua, hati ini rase senang dan hiba, maklumlah sudah lama tak jumpa, semoga Allah menjaga hubungan ini sehingga ke syurga....InsyaAllah...

Tujuan ke bumi JB adalah kerana memenuhi undangan (kenduri naik rumah baru) sahabat baik ana yang jjuga saudara angkat.... Alhamdulillah, satu langkah positif kerana sudah ada rumah baru...insyaAllah, ini adalah motivasi kepada ana supaya harus siap sebelum memikirkan tuk berumah tangga...

sebenarnya semalam ada dua pgram yang perlu di hadiri... dua2 adalah kenduri naik rumah baru.....satu di melaka, dan satu dijohor... tapi oleh kerana yang johor datang dulu... so ana harus berlaku adil....

Monday, July 19, 2010

PROGRAM MESRA BOWLING SMK MUNSHI ABDULLAH

Alhamdulillah, baru pulang dari main bowling dan lepak2 di sekitar MITC (ayub bistro)... antara yang turut serta menjayakan mesra bowling ialah saffwan, anwar musa, azhar, rauf, azizu(adik), Azrin(saya), fadilah, shima, raihana, faiz dan fadhlina(walaupun tak main bowling, sekurang2nya datang bagi support..tq fadh)

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini... insyaAllah, kita akan cuba aturkan satu lagi pgram sebelum puasa....harap kalian semua juga boleh join...

Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan....

RAJA NOR AZRIN RAJA YUNUS

ISNIN (19 JULAI 2010)

7.00 PAGI HINGGA 1.45PM

Seperti biasa dan rutin harian weekday, mengajar di sekolah munshi Abdullah.

2.30 PM


Berada di UTeM, mengikuti kelas Master...hari ni kelas power system and generation.
Alhamdulillah buat pertama kali dalam sejarah,aku mendengar tentang peristiwa peperangan antara mesir dan israel..peristiwa ini berlaku pada tahu 1973... bermula dari sinilah, maka ia memberikan kesan kepada kenaikan harga sumber tenaga iaitu minyak dan gas....

apa yang menarik ialah, dalam peperangan ini, amerika hampir kalah melawan tentera mesir, tapi sebab russian yang ketika itu supply weapon kepada mesir tiba2 menghentikan pembekalan senjata ke mesir sedang amerika meningkatkan jumlah ketenteraan ke israel... akhirnya mesir kalah....

Sunday, July 18, 2010

UMNO DAN PAS BERSATU???

Satu topik yang panas dan sedang hangat diperkatakan oleh beberapa pimpinan kedua2 parti yang menjadi isu penting di dada akhbar. Mana tidaknya, usaha penyatuan UMNO dan PAS ini telah menjadi sejarah penting bagi kedua2 parti dan memberikan pengajaran yang berguna kepada kedua2 parti. Namun, ada sebahagian pemimpin memilih untuk berdiam diri manakala sebahagian yang lain dengan tegasnya menolak mentah2 cadangan penyatuan ini..... namun, saya cukup yakin selain dua kelompok diatas, masih ada yang bekerja keras untuk menyatukan UMNO dan PAS secara illegal... ini dibuktikan dengan kenyataan harus sani(mufti perak) yang mengatakan bahawa kedua2 pemimpin dari kedua2 parti telah bertemu dengan beliau untuk membicangkan soal penyatuan ini....

memandangkan isu ini hangat diperkatakan, dan masih menjadi isu penting dalam negara walaupun setelah beberapa kali tenggelam timbul, akhirnya saya memilih untuk memberikan pandangan saya sebagai anak muda yang sayangkan islam mengatasi politik dan negara..

Pendapat saya.. saya kurang bersetuju dengan agenda penyatuan UMNO dan PAS atas dasar kepentingan melayu.... tetapi saya sangat bersetuju sekiranya ianya dibuat kerana perjuangan ISLAM... Islam adalah agama, manakala melayu adalah bangsa.... ini bermakna islam dan melayu adalah 2 perkara yang berbeza. Ada dua perkara yang kita harus faham disini.

1. Bila kita kata, kita pilih islam.... maknanya kita tak boleh perjuangkan bangsa..sebab kata Allah, mulianya manusia itu bukan sebab bangsa, tapi sebab taqwa(takut) nya kepada Allah...

2.Bila kita perjuang bangsa... maknanya kita sekular.....kita mengasingkan agama dengan hal2 keduniaan....kita menggunakan idealogi sesat dan ideologi kafir.....sebab tiada bangsa yang mulia dalam islam.

Oleh itu, saya tegaskan agenda penyatuan PAS dan UMNO atas dasar menyelamatkan dan memelihara kepentingan orang melayu adalah agenda sesat lagi menyesatkan, sebaliknya jika ia dibuat atas dasar matlamat islam, maka itulah sebenar2nya perpaduan atau penyatuan.. Alangkah bagusnya sekiranya Islam memerintah malaysia... keadilan untuk semua di perjuangkan, tiada diskriminasi antara kaum....tidak ada kaum yang mulia dan istimewa...semua setaraf... semua sama...tiada kaum yang mendapat hak keistimewaan tertentu.sebaliknya, siapa yang berhak, dia wajib diberikan keadilan...itulah islam... malangnya setelah lebih 50 tahun merdeka, kita masih gagalkan menunjukkan kepada masyarakat bukan islam bahwa islam adalah agama yang benar dan lagi adil dek kerana sikap sentimen perkauman yang tinggi dikalangan pimpinan melayu yang "beragama islam".tidak ketinggalan juga, semangat perkauman ini juga berlegar dikalangan ustaz2 dan ahli2 agama... satu persoalan yang harus dibincangkan, bagaimana seorang Muslim boleh memperjuangkan bangsa?? Bukankah dengan memilih islam , kita harus mengetepikan soal perjuangan bangsa, kerana datangnya islam itu untuk semua...bukan untuk melayu.... bukankah cina dan india juga keturunan adam a.s... bahkan bukan sedikit orang cina dan india yang islam....



Sikap segelintir orang PAS yang fanatik


Dalam PAS ada banyak perkara yang sangat mengecewakan saya..... saya bukan PAS dan bukan UMNO. saya hanya orang ISLAM... begitu juga dengan UMNO.... orang PAS sibuk dengan mengkafirkan orang, orang UMNO dianggap kafir.....sesat, rosak aqidah, menentang islam dan sebagainya. hal ini ... See Moreberlaku di depan mata saya kerana saya dibesarkan dalam sebuah kampung yang masyarakatnya fanatik kepada PAS...kalo orang UMNO meninggal, haram menziarahi, kalo orang UMNO buat kenduri, haram hukum nya makan haiwan sembilan orang UMNO... ini adalah pemikiran tidak matang dan kolot pada sebahagian besar penykong PAS...ini adalah sesuatu yang sangat mengecewakan..
ingin saya tegaskan,
1. orang UMNO bukan orang kafir.... mengkafirkan orang UMNO kerana dia menyertai UMNO adalah perkara yang tidak boleh diterima oleh agama.
2. Kalaupun kita nak kata kafir jugak, kita hanya boleh mengatakan bahawa parti UMNO itu adalah parti kafir..bukan orang UMNO itu kafir..analogi nya ialah, kita boleh cakap negara thailand itu adalah negara kafir...tapi kita tak boleh cakap orang thailand semuanya kafir....parti UMNO adalah parti yang memperjuangkan bangsa. walaupun PM najib cakap, umno juga memperjuangkan islam, tetapi dalam mase yang sama UMNO juga memperjuangkan bangsa..dalam harakah islam, ada satu istilah yang digunakan iaitu "inqilabiah" yang bermaksud islam tidak boleh tertegak dengan berkompromi dengan sistem skular atau jahiliyyah...

hanya ada dua istilah yang digunakan dalam islams
1.Hizbullah
2.Hizbu syaitan
parti yang memperjuangkan islam maknanya itu adalah parti islam...manakala parti yang berasaskan kaum adalah parti sekular ataupun parti kafir...


Cadangan penyatuan UMNO dan PAS yang harus dipertimbangkan

saya suka cadangan NIk aziz dalam penyatuan UMNO dan PAS...kata nik aziz, kalo betul kedua2 pemimpin parti ikhlas, kedua2 parti harus dibubarkan dan di bentuk satu parti yang baru yang berlandaskan islam (al quran dan as sunnah)...persoalannya, adakah kedua2 pemimpin parti ini ikhlas?
1. adakah mereka sanggup meletakkan jawatan masing2....dan juga menerima risiko dan harus bersedia bahawa mereka tidak akan dilantik lagi dalam parti baru... seterusnya mungkin kehilangan jawatan sebagai menteri atau presiden parti...kerana sudah tentulah dalam parti baru yang ditubuhkan, pemimpin yang akan dipilih ialah orang baik ilmu agamanya, baik akhlaknya...baik pengetahuan akademik nya..... bukan seperti percaturan politik sekarang yang hanya berdasarkan wang ringgit...
2. Adakah mereka(pemimpin2 pas dan UMNO ) sanggup hidup sederhana sebagaimana rakyat marhain... sebab bila kita kata kita adalah pemimpin parti islam, sudah tentu tidak bagus jika mempunyai kereta merc 5 biji, banglo ibarat istana dan hartanya berbondong2...pemimpin islam hidupnya sederhana bukan kaya raya sebagaimana sekarang.
3. adakah mereka sanggup menggadaikan kepentingan melayu semata2 untuk kepentingan islam?
4. dan lain2

sekiranya ke3 persoalan ini dapat dilaksana, insyaAllah... agenda pernyatuan UMNO dan PAS akan menjadi kenyataan.

ORANG PANDAI VS ORANG BODOH

Salam anjakan perubahan,

semalam, adalah hari ke2 kelas master saya(sedang menyambung pengajian di peringkat master), dan merupakan hari pertama bagi kelas stability and protection.... kelas semalam sungguh menarik... memberikan saya gambaran bahawa betapa hebat makhluk ciptaan Allah.... kalo makhluk Allah itu hebat, sesungguhNya kehebatan Allah itu tiada tandingan...

tajuk post ini ialah Orang pandai Vs Orang Bodoh.... walaupun ia nampak seperti agak kasar sebenarnya ada hikmah tersirat disebalik 2 perkataan itu....

semalam di kelas, kami berkenalan dengan Prof Madya Dr Ismadi Bugis bin Ali Bugis, seorang pensyarah di Fakulti kejuruteraan Elektrik.....berasal dari indonesia... orang nya santun...lemah lembut....berbudi bahasa dan sangat rendah diri... kalo dahulu... saya biasa dengar dari kawan2 tentang kehebatan Dr ismadi.. tetapi semalam Allah telah mentakdirkan saya mengenali nya dengan lebih dekat.... seperti biasa, diawal kelas(kebiasaan di awal semester di mana2 ipt), pensyarah tidak mengajar... biasa dimulakan dengan sesi ramah mesra...

Subhanallah, Dr ismadi memang hebat orangnya..... dia mendapat ijazah di ItB dalam bidang kejuruteraan elektrik... seterusnya menyambung pelajaran ke UK....mendapat ijazah kedoktoran dari universiti luar negara...beliau pernah menjadi EXCO di negeri acheh... dengan kata lain beliau ialah ahli politik dari parti golkar.....

apa yang menarik semalam, di akhir kelas dr ismadi menukilkan beberapa kata2 yang sangat menarik...

antaranya ialah...

" lebih baik kita menjadi BODOH dikalangan orang pandai dari menjadi PANDAI dikalangan orang yang BODOH"....

Sebab kata Dr ismadi, kalo kita pandai dikalangan orang yang bodoh, lama2 kita akan jadi bodoh….sebab suasana tidak menyokong kita untuk terus jadi yang lebih baik… sebaliknya jika kita bodoh dikalangan orang pandai, insyaAllah lama2 kita akan jadi pandai…sebab keadaan persekitaran menolak atau memberikan tekanan kepada kita untuk terus berusaha dan bekerja keras dan akhirnya kita juga akan jadi orang yang pandai……

Kata Dr ismadi lagi:

“ Kita ini ibarat peninju, makin banyak kita kene tumbuk, lagi banyak kita akan belajar”

Yup…semestinya….lagi banyak kesilapan yang kita buat, sebenarnya ia akan memberikan pelajaran yang baru kepada kita….dalam konteks seorang peninju, bila sentiasa diserang sebelah kanan secara bertubi, maka dia akan tahu bagai mana harus dia mengelak kekiri…. Dan jika keadaan ini, dilakukan secara berterusan..maka seorang peninju itu akan expert dan semakin bagus mutu tinjunya…..

insyaAllah…sekadar itu sahaja perkongsian saya pada kali ini….

Salam anjakan perubahan.

RAJA NOR AZRIN BIN RAJA YUNUS

salam....

testing......