Sunday, July 18, 2010

UMNO DAN PAS BERSATU???

Satu topik yang panas dan sedang hangat diperkatakan oleh beberapa pimpinan kedua2 parti yang menjadi isu penting di dada akhbar. Mana tidaknya, usaha penyatuan UMNO dan PAS ini telah menjadi sejarah penting bagi kedua2 parti dan memberikan pengajaran yang berguna kepada kedua2 parti. Namun, ada sebahagian pemimpin memilih untuk berdiam diri manakala sebahagian yang lain dengan tegasnya menolak mentah2 cadangan penyatuan ini..... namun, saya cukup yakin selain dua kelompok diatas, masih ada yang bekerja keras untuk menyatukan UMNO dan PAS secara illegal... ini dibuktikan dengan kenyataan harus sani(mufti perak) yang mengatakan bahawa kedua2 pemimpin dari kedua2 parti telah bertemu dengan beliau untuk membicangkan soal penyatuan ini....

memandangkan isu ini hangat diperkatakan, dan masih menjadi isu penting dalam negara walaupun setelah beberapa kali tenggelam timbul, akhirnya saya memilih untuk memberikan pandangan saya sebagai anak muda yang sayangkan islam mengatasi politik dan negara..

Pendapat saya.. saya kurang bersetuju dengan agenda penyatuan UMNO dan PAS atas dasar kepentingan melayu.... tetapi saya sangat bersetuju sekiranya ianya dibuat kerana perjuangan ISLAM... Islam adalah agama, manakala melayu adalah bangsa.... ini bermakna islam dan melayu adalah 2 perkara yang berbeza. Ada dua perkara yang kita harus faham disini.

1. Bila kita kata, kita pilih islam.... maknanya kita tak boleh perjuangkan bangsa..sebab kata Allah, mulianya manusia itu bukan sebab bangsa, tapi sebab taqwa(takut) nya kepada Allah...

2.Bila kita perjuang bangsa... maknanya kita sekular.....kita mengasingkan agama dengan hal2 keduniaan....kita menggunakan idealogi sesat dan ideologi kafir.....sebab tiada bangsa yang mulia dalam islam.

Oleh itu, saya tegaskan agenda penyatuan PAS dan UMNO atas dasar menyelamatkan dan memelihara kepentingan orang melayu adalah agenda sesat lagi menyesatkan, sebaliknya jika ia dibuat atas dasar matlamat islam, maka itulah sebenar2nya perpaduan atau penyatuan.. Alangkah bagusnya sekiranya Islam memerintah malaysia... keadilan untuk semua di perjuangkan, tiada diskriminasi antara kaum....tidak ada kaum yang mulia dan istimewa...semua setaraf... semua sama...tiada kaum yang mendapat hak keistimewaan tertentu.sebaliknya, siapa yang berhak, dia wajib diberikan keadilan...itulah islam... malangnya setelah lebih 50 tahun merdeka, kita masih gagalkan menunjukkan kepada masyarakat bukan islam bahwa islam adalah agama yang benar dan lagi adil dek kerana sikap sentimen perkauman yang tinggi dikalangan pimpinan melayu yang "beragama islam".tidak ketinggalan juga, semangat perkauman ini juga berlegar dikalangan ustaz2 dan ahli2 agama... satu persoalan yang harus dibincangkan, bagaimana seorang Muslim boleh memperjuangkan bangsa?? Bukankah dengan memilih islam , kita harus mengetepikan soal perjuangan bangsa, kerana datangnya islam itu untuk semua...bukan untuk melayu.... bukankah cina dan india juga keturunan adam a.s... bahkan bukan sedikit orang cina dan india yang islam....



Sikap segelintir orang PAS yang fanatik


Dalam PAS ada banyak perkara yang sangat mengecewakan saya..... saya bukan PAS dan bukan UMNO. saya hanya orang ISLAM... begitu juga dengan UMNO.... orang PAS sibuk dengan mengkafirkan orang, orang UMNO dianggap kafir.....sesat, rosak aqidah, menentang islam dan sebagainya. hal ini ... See Moreberlaku di depan mata saya kerana saya dibesarkan dalam sebuah kampung yang masyarakatnya fanatik kepada PAS...kalo orang UMNO meninggal, haram menziarahi, kalo orang UMNO buat kenduri, haram hukum nya makan haiwan sembilan orang UMNO... ini adalah pemikiran tidak matang dan kolot pada sebahagian besar penykong PAS...ini adalah sesuatu yang sangat mengecewakan..
ingin saya tegaskan,
1. orang UMNO bukan orang kafir.... mengkafirkan orang UMNO kerana dia menyertai UMNO adalah perkara yang tidak boleh diterima oleh agama.
2. Kalaupun kita nak kata kafir jugak, kita hanya boleh mengatakan bahawa parti UMNO itu adalah parti kafir..bukan orang UMNO itu kafir..analogi nya ialah, kita boleh cakap negara thailand itu adalah negara kafir...tapi kita tak boleh cakap orang thailand semuanya kafir....parti UMNO adalah parti yang memperjuangkan bangsa. walaupun PM najib cakap, umno juga memperjuangkan islam, tetapi dalam mase yang sama UMNO juga memperjuangkan bangsa..dalam harakah islam, ada satu istilah yang digunakan iaitu "inqilabiah" yang bermaksud islam tidak boleh tertegak dengan berkompromi dengan sistem skular atau jahiliyyah...

hanya ada dua istilah yang digunakan dalam islams
1.Hizbullah
2.Hizbu syaitan
parti yang memperjuangkan islam maknanya itu adalah parti islam...manakala parti yang berasaskan kaum adalah parti sekular ataupun parti kafir...


Cadangan penyatuan UMNO dan PAS yang harus dipertimbangkan

saya suka cadangan NIk aziz dalam penyatuan UMNO dan PAS...kata nik aziz, kalo betul kedua2 pemimpin parti ikhlas, kedua2 parti harus dibubarkan dan di bentuk satu parti yang baru yang berlandaskan islam (al quran dan as sunnah)...persoalannya, adakah kedua2 pemimpin parti ini ikhlas?
1. adakah mereka sanggup meletakkan jawatan masing2....dan juga menerima risiko dan harus bersedia bahawa mereka tidak akan dilantik lagi dalam parti baru... seterusnya mungkin kehilangan jawatan sebagai menteri atau presiden parti...kerana sudah tentulah dalam parti baru yang ditubuhkan, pemimpin yang akan dipilih ialah orang baik ilmu agamanya, baik akhlaknya...baik pengetahuan akademik nya..... bukan seperti percaturan politik sekarang yang hanya berdasarkan wang ringgit...
2. Adakah mereka(pemimpin2 pas dan UMNO ) sanggup hidup sederhana sebagaimana rakyat marhain... sebab bila kita kata kita adalah pemimpin parti islam, sudah tentu tidak bagus jika mempunyai kereta merc 5 biji, banglo ibarat istana dan hartanya berbondong2...pemimpin islam hidupnya sederhana bukan kaya raya sebagaimana sekarang.
3. adakah mereka sanggup menggadaikan kepentingan melayu semata2 untuk kepentingan islam?
4. dan lain2

sekiranya ke3 persoalan ini dapat dilaksana, insyaAllah... agenda pernyatuan UMNO dan PAS akan menjadi kenyataan.

No comments: