Sunday, July 18, 2010

ORANG PANDAI VS ORANG BODOH

Salam anjakan perubahan,

semalam, adalah hari ke2 kelas master saya(sedang menyambung pengajian di peringkat master), dan merupakan hari pertama bagi kelas stability and protection.... kelas semalam sungguh menarik... memberikan saya gambaran bahawa betapa hebat makhluk ciptaan Allah.... kalo makhluk Allah itu hebat, sesungguhNya kehebatan Allah itu tiada tandingan...

tajuk post ini ialah Orang pandai Vs Orang Bodoh.... walaupun ia nampak seperti agak kasar sebenarnya ada hikmah tersirat disebalik 2 perkataan itu....

semalam di kelas, kami berkenalan dengan Prof Madya Dr Ismadi Bugis bin Ali Bugis, seorang pensyarah di Fakulti kejuruteraan Elektrik.....berasal dari indonesia... orang nya santun...lemah lembut....berbudi bahasa dan sangat rendah diri... kalo dahulu... saya biasa dengar dari kawan2 tentang kehebatan Dr ismadi.. tetapi semalam Allah telah mentakdirkan saya mengenali nya dengan lebih dekat.... seperti biasa, diawal kelas(kebiasaan di awal semester di mana2 ipt), pensyarah tidak mengajar... biasa dimulakan dengan sesi ramah mesra...

Subhanallah, Dr ismadi memang hebat orangnya..... dia mendapat ijazah di ItB dalam bidang kejuruteraan elektrik... seterusnya menyambung pelajaran ke UK....mendapat ijazah kedoktoran dari universiti luar negara...beliau pernah menjadi EXCO di negeri acheh... dengan kata lain beliau ialah ahli politik dari parti golkar.....

apa yang menarik semalam, di akhir kelas dr ismadi menukilkan beberapa kata2 yang sangat menarik...

antaranya ialah...

" lebih baik kita menjadi BODOH dikalangan orang pandai dari menjadi PANDAI dikalangan orang yang BODOH"....

Sebab kata Dr ismadi, kalo kita pandai dikalangan orang yang bodoh, lama2 kita akan jadi bodoh….sebab suasana tidak menyokong kita untuk terus jadi yang lebih baik… sebaliknya jika kita bodoh dikalangan orang pandai, insyaAllah lama2 kita akan jadi pandai…sebab keadaan persekitaran menolak atau memberikan tekanan kepada kita untuk terus berusaha dan bekerja keras dan akhirnya kita juga akan jadi orang yang pandai……

Kata Dr ismadi lagi:

“ Kita ini ibarat peninju, makin banyak kita kene tumbuk, lagi banyak kita akan belajar”

Yup…semestinya….lagi banyak kesilapan yang kita buat, sebenarnya ia akan memberikan pelajaran yang baru kepada kita….dalam konteks seorang peninju, bila sentiasa diserang sebelah kanan secara bertubi, maka dia akan tahu bagai mana harus dia mengelak kekiri…. Dan jika keadaan ini, dilakukan secara berterusan..maka seorang peninju itu akan expert dan semakin bagus mutu tinjunya…..

insyaAllah…sekadar itu sahaja perkongsian saya pada kali ini….

Salam anjakan perubahan.

RAJA NOR AZRIN BIN RAJA YUNUS

No comments: